Sunday, April 28, 2013

Tanah MAMPU milik

Demikianlah seperti yang dinukilkan bahawa harga tanah kini meningkat secara mendadak.. 
Apa yang dibimbangi oleh golongan muda masa kini adalah, mampukah mereka membeli rumah atau tanah pada masa hadapan ?

seolah-olah dilihat peningkatan harga ini tidak dikawal dan tidak mampu dikawal oleh kerajaan.. 
Saya tidak berfikir untuk diri saya, tetapi cuba kita fikirkan untuk 5 tahun ke atas.. 

  1. adakah harga ini semakin kekal ?
  2. adakah harga ini semakin meningkat dan gaji kita semakin meningkat ?
  3. adakah tanah/rumah mampu milik mampu dimiliki ?


jika dilihat pada gambar.. sebetulnya ia adalah 2-3 ekar.. tetapi lihat lah pada lokasinya yang bukan berada pada kawasan berhampiran bandar. 

p/s : 
1) mungkin yang bertanggugjawab perlukan suntikan baru bagi menangani krisis harga melambung ini..
2) jangan jadi seperti di bukit beruntung.. memang sangat beruntung.. perlukan keperihatinan wakil2 yang sepatutnya TURUN padang..


Saturday, March 2, 2013

Anda kisah sangat ke dengan harga barang anda ?



Assalamualaikum, apa kabar pembaca budiman.. di harap semuanya berada dalam keadaan sihat dan bersemangat.. 


ada suatu kisah .... ;)

 Pada suatu hari, azmin ingin menjual seutas jam tangan cantik yang dibeli  kepada azura dengan rm30. Jam tangan tersebut adalah sangat berkualiti dan cantik. Di jualnya Azmin kepada Azura dengan harga yang murah, iaitu dengan keuntungan Azmin hanya rm2 hinggit.. Azmin menerangkan bahawa jam ini sangat berkualiti dan tahan lasak, dan azmin juga telah memakai jam tangan ini hampir 3 tahun. Azura sangat berminat dengan jam ini, tetapi merasa ragu dengan harga nya yang murah.. Mana mungkin jam hebat begini harga dia murah, ini tidak LOGIK!! 

Lalu Azmin menerangkan bahawa dia mengambil keuntungan dengan harga yang minimum, dan jika pergi di luar pun.. harga dia akan menceceh ratusan ringgit.. 

Azura tetap tidak percaya.. mesti jam ini tidak elok kualitinya..  Azura tidak membelinya kerana merasakan bahawa harga nya yang murah tidak sepadan dengan kualitinya sebagus itu... 


Maka beberapa hari kemudian pergilah Azura ke KEDAI jam .. Dan melihat kepada jam yang serupa dengan harga ratusan ringgit.. disebabkan merasa sangat berminat, maka dia membelinya.. dan dia merasakan bahawa itu adalah berbaloi antara harga dan kualitinya dan ini adalah LOGIK!!.. dan dia bersangkakan bahawa jam tangan Azmin adalah tiruan..

Tamat~~~~

Moralnya.. kalau xcaya kan.. cubalah kalau ada orang jual benda murah kat kita.. mesti kita cam ragu2 kualitinya.. sebab apa ? sebab HARGA.. Maka anda kisah tak dengan HARGA sesuatu barang ??

YA, anda kisah...!!

p/s :  ada yang dapat membeli dengan win win situation.. tetapi ramai sebenarnya yang membeli pada keadaan one win situation.. pilihan di tangan kita..

Saturday, February 16, 2013

Genius vs Pemalas

Salam..



Lama betul dah aku tak update blog ni.. kesibukkan melampau sebenarnya.. dan sebenarnya juga ada waktu untuk mengupdate, tetapi "malas"..huhu

ok.. di sini, aku kongsikan gambar2 yang bagi pendapat aku ada unsur genius dan pemalas..

mungkin sahabat2 boleh definisikannya mengikut pendapat sahabat semua.. Selamat beramal.. ;)

gambar 1 ==>

gambar menunjukkan kertas pembalut hadiah yang tidak mencukupi..

gambar menunjukkan teknik men "cover" kertas pembalut yang tidak mencukupi tadi... =D
diatas kertas hijau itu, kita tuliskan ucapan kita.. 


DAN
gambar 2 ==>



so, apa pandangan korang ?  genius atau pemalas ?

Monday, November 19, 2012

Membanding-bandingkan ..

Dari kecil sampai besar, kita dah di biasakan untuk belajar membandingkan antara sesuatu..

contoh :

  • panjang dan pendek
  • besar dan kecil
  • hitam dan putih
perbandingan ini penting dalam sesuatu elemen pembelajaran supaya kita dapat menggunakan logik akal kita dalam menyelesaikan hal-hal yang akan datang..

tapi..

terkadang, saya juga keliru.. pening.. juga ragu-ragu..

ah,, bisa saje kita membanding-bandingkan..

sehingga suatu masa kita akan terlebih-lebih dalam membandingkan sesuatu..

 contoh :

  • anak aku lagi cantik dari anak dia.. ( semua makhluk ciptaan Allah cantik )
  • anak aku belajar UK, anak dia dekat UM je.. 
  • aku dulu belajar sampai overseas, ko ada ?
  • cuba ko tgk pengatin tu, tak padan langsung dengan pasangan dia.. 

kan ? rasa-rasanya, adakah kita pernah membuat perbandingan yang sebegini ??


belajar untuk memperbaiki diri.. doakan .. =')



Sunday, September 9, 2012

Aku ada 1 soalan .


Assalamualaikum..

apa khabar semua ?

em.. kali ini aku ada satu soalan.. satu je jangan risau..tapi sebelum tu, kene baca dulu jalan cerita ini..


Pada suatu hari, petang dalam pukul 3, aku terlihat 3 orang budak yang salah seorang daripadanya telah kehilangan selipar kerana tersangkut di atas bumbung.. selipar tu agak jauh dan memang sukar untuk di ambil...

mereka cuba nak panjat, tapi memang semestinya tak sampai, lalu aku pun bertanya :

" nak amik apa situ ? "

"nak amik selipar, selipar dia tersangkut atas bumbung.." 
jawab salah sorang daripadanya, umur yang menjawab itu lingkungan 6 tahun..

" mana seliparnya ? aku xnampak pun "

" ada atas tu, ko amik la panjat,.. cuba ko panjat atas pokok tu tengok.." jwb budak tadi dengan kuat suara dia..

"jauh la, kat tengah tu " jwb aku tenang..

" memang la, ko panjat la atas tu, lepas tu ko panjat la atas bumbung tu.." jwb budak td dengan menengking2..



dalam hati aku, aik budak ni.. kurang ajar dah ni..

" banyak cantik ko, dah2 .. ko pergi simpan tangga aku tu balik.. beli baru.. " bebel aku plak.. 

dan akhirnya, aku tak jadi nak tolong sebab dia menengking td..


Persoalannya ::

Apakah perbuatan aku ini betul ?  atau aku macam terlalu cepat emo ?? hahaha

p/s : 
1) cerita ini telah di adaptasi, melawan cakapnya adalah lebih panjang..
2) belajar untuk memperbaiki diri.. =)






Friday, August 31, 2012

Cara mudah Matematik ( operasi tolak )

Assalamualaikum..

sihat ke semua pembaca ?

tips untuk hari ini ialah, bagaimana menyelesaikan operasi tolak dengan teknik yang mudah.. 
Mudah sangat~~ (sambil buat mata naik atas .. :p )

ok.. cara dia senang, kalau sebelum ini kita pinjam sebelah kalau tak cukup nak tolak, kemudian kitatambah kan 10 
kepada nilai yang tak cukup tu kan ??

maka kali ni tak.. anda cuma perlu tengok gambar..dan kalau tak faham boleh tanya..hehe

1) soalan  : 23-18 = ??

jwpn : sila ikut jalan kira yang telah di nomborkan di gambar tu.. =)



~~Tak Faham ??? xpe, tgk contoh yang lain.. 



p/s : 

1) dalam math, xboleh hurai panjang2.. nnt bosan..
2) aku dapat teknik ni setelah berjalan2 ke kedai buku dan kebetulan anak buah dipanggil utk
mendemokan kiraan math oleh ezy math untuk (operasi tolak).. 

Selamat beramal =)

Friday, August 24, 2012

cara download u tube paling mudah..

Assalamualaikum..

selamat datang ke blog bolok ini..ngee..

hari ni, saya akan cuba ajar cara untuk donwload apa-apa video yang sedang di mainkan..
cara yang senang.. mungkin bagi sesiapa yang tidak mahu menggunakan internet donwload manager
(kadang-kadang tak boleh masuk dengan jenis browser version) boleh gunakan cara ini..

cara-caranya adalah sangat senang.. tidak perlu memrumitkan diri, hanya beberapa langkah dan boleh settle xsampai 2 minit..dan boleh terus convert kepada jenis mp3,mp4, flv dan lain2... bagi yang amatur/beginner/expert juga masih boleh menggunakan cara ini..

caranya :

1. sila buka link ini ( tekan sini ) dan download seperti mana yang ditunjukkan dalam gambar dibawah.. xsampai 10 saat dah settle..



2. dah ? ok seterusnya bukak mana2 (U-TUBE /video ) kemudian play kan ia.. maka button biru kat bawah..kalau tak de kat bawah, tengok kat atas..cari tanda biru tu.. (lihat gambar)




3) ok, settle dah? kemudian  tekan tanda biru tu.. anda boleh tekan donwload seperti pada gambar di bawah.. settle..
^_^




p/s : selamat mencuba.. =)

Sunday, August 19, 2012

Raya " eidul fitri "

Raya ke 24 dalam hidup..

alhamdulillah.. ini merupakan hari raya yang ke 24 dalam hidup aku juga merupakan raya pertama tanpa ibu di sisi.. =')

dan tahun ini merupakan tahun ke-4 aku dah tak beli baju raya (baju melayu)..
mungkin dah terbiasa memakai apa yang ada.. walaubagaimana pun, aku tetap memilih baju
yang terbaik yang aku ada untuk di pakai pada hari pertama raya.. =)

ops2.. tak beli bukan sebab takde duit.. huhu.. tapi xde sebab.. dah terbiasa kot..

apa pun, apa yang penting bukan baju. tapi adakah azam setiap kali menjelma ramadhan itu telah aku laksanakan sebaik mungkin ?  bertaqwa??

atau ramadhan yang telah berlalu ibarat bulan2 lain? datang dan pergi, datang dan pergi.. =')

bingkisan madrasah ramadhan.. moga kami menjadi hamba yang soleh..amiinn.. 









تَÙ‚َبَÙ„َ اللهُ Ù…ِÙ†َّا ÙˆَÙ…ِÙ†ْÙƒُÙ…ْ                               



Wednesday, August 15, 2012

Hobi mengumpul duit syiling.

Antara hobi aku yang lain adalah mengumpul duit syiling..
dan setelah di kenal pasti, ada beberapa duit syiling yang aku kumpul bagi setiap tahun berada dalam koleksi aku dan ada beberapa lagi yang tiada.. maka kalau ada siapa2 yang jumpa dan nak beri sahaja pada aku, sangat di alu-alu kan.. kalau nak suh beli..kirim salam.. =p

berikut merupakan koleksi aku mengikut tahun :


  • 1995 ( 50sen) , 1994 (50sen,20se,10sen), 1993&1987&1985&1980&1973&1968&1987 (5sen), 1979 (50sen), 1978 (20sen), 1977 (10sen, 5sen, 1972 (50sen,10sen, 5sen), 1969 (50sen)


pertukaran rupa bentuk pada 1998 ke 1999

pertukaran rupa bentuk dari 2011 ke 2012

duit ni unik sikit.. cam typing error gtu.. huhu 



p/s :

DUIT, SAMA ADA IA DATANG, SAMA ADA IA PERGI DAN SAMA ADA IA DI TINGGALKAN.. ~~

Tuesday, August 7, 2012

Manusia selalu marah akan hal yang mereka tidak ketahui

Kisah 1:
 

Suatu hari diatas sebuah feri ada dua orang kanak-kanak yang sedang membuat bising, hingga menganggu ketenteraman orang lain,
dan bapanya hanya di lihat termenung ke laut dan menikmati udara laut tanpa menghiraukan anak-anaknya..

lalu dalam kepala kita mesti berfikir " bapa dia ini seorang yang tidak bagus, tidak pandai menjaga anaknya, baik tak payah buat anak!! "

kemudian datang seorang hamba ini dan bertanya kan kepada bapanya, bahawa anaknya sedang membuat bising dan menganggu ketenteraman penumpang2 lain,
semua orang di sini mahu berehat.. dijawab bapa tadi " aku baru sahaja kehilangan isteriku sebentar tadi akibat kemalangan, dan aku masih menunggu kapal ini berlabuh untuk balik ke rumah bersama
anak-anak kami.. dan anak-anak ku masih tidak tahu akan hal ini.. "

lalu dalam kepala kita mesti berfikir " kasihan dengan dia.. siapa yang akan jaga anak2 nya apabila dia keluar bekerja tadi.. "

~~~serta-merta persepsi kita berubah 100 darjah ..



Kisah 2 :

Seorang pelajar yang aktif berusrah, cuma dia tidak suka keluar bersama rakan-rakannya untuk lebih aktif berdakwah keluar kawasannya walaupun sudah
beberapa kali dinasihatkan oleh rakannya, tetapi dia masih tetap tidak mahu keluar dan memberikan pelbagai alasan..

lalu dalam kepala kita mesti berfikir " dia ni, harap je usrah, tapi bila ajak keluar jauh sikit, dah xnak..sembang je lebat!! "

tetapi yang disebaliknya adalah beliau mempunyai ayah yang tidak sihat keseorangan dirumah, dan memerlukan penjagaan yang rapi, sebagai anak yang baik,
menguruskan keperluan ayahnya, memberi makan, memandikan, dan lain-lain keperluan merupakan tarbiah untuk dirinya juga..

~~~tapi bila kita tahu akan hal itu, serta-merta persepsi kita berubah 100 darjah ..


Kisah 3 :

seorang murid darjah 2 sangat degil sikapnya, keras perlakuaannya.. dan secara kebetulan ibu dan ayahnya sangat kuat bekerja hingga ke lewat malam..

lalu dalam kepala kita mesti berfikir " dia ni degil sebab ibu dan ayah dia ni tak hiraukan dia la, asik kerja je 24 jam!!! huh "

tetapi setelah di selidiki lebih terperinci, rupanya.. ibu dan ayahnya perlu bekerja bersama mengutip tin2 dan bahan2 kitar semula untuk dijualkan,
dan mereka hidup sangat daif, dan memerlukan sumbangan..

~~~ohhh bila kita tahu akan hal itu, serta-merta persepsi kita berubah 100 darjah ..

Kisah 4 :

Seorang budak memberi salam kepada kawannya yang lain, dan langsung salam itu tidak di jawab, bahkan mukanya juga tidak senyum dan muram..

lalu dalam kepala kita mesti berfikir " dia ni, harap muka je baik, rupanya sombong, diberi salam pun tak dijawab,muka plak asik mencuka je..huh, ko memang macam SINGA!!!"

tetapi apa yang berlaku adalah, beliau ketika itu sakit tekak yang teramat dan tidak dapat menahan kesakitan itu yang kebetulannya beliau juga sakit perut dan mahu segera
ke tandas..

~~~ohhh bila kita tahu akan hal itu, serta-merta persepsi kita berubah 100 darjah ..



Ya.. kita perlu bersangka baik dan bersangka baik dan bersangka baik.. kalau tidak jelas..tanya kan kepada mereka kenapa perkara itu terjadi..
nescaya serta-merta persepsi kita berubah 100 darjah .. yup 100 darjah.. =')


p/s : manusia selalu marah akan hal yang mereka tidak ketahui..

Friday, June 8, 2012

Pendrive kene virus ??

Ada satu penyakit yang berlaku kepada pendrive atau hardisk iaitu terkena sejenis virus.. virus yang menyembunyikan semua folder yang ada dan kemudia membuat shortcut pada pendrive kita..

sapa yang pernah kena? di sini ada penyelesaiannya .. ^_^



ok, langkah 1, bila kene benda macam ni adalah jangan kalut, terutama perempuan.. ada yang tanya saya, terus mintak nak FORMAT laptop , FORMAT hardisk dan FORMAT pendrive bagai.. nasihat saya pada orang camni...  sila jangan terlalu pantas bertindak huhu.. kang abis hilang semua data penting yang disimpan.. 


ok, langkah 2, kita nak folder atau file yang disembunyikan  (hidden file) itu.. dengan cara rujuk pada turutan gambar di bawah.. :

gambar1 : BUKA MANA2 FOLDER.. 

gambar 2 : Tekan ikut urutan nombor.. 


Ok, langkah 3, kamu perlu pergi ke folder / file / pendrive yang ada data dalam dia,tp kamu ingat dah hilang.. kemudia bukak folder tu, dan kamu akan dapati, file2 kamu yang dah hilang, masih ada dan telah tersembunyi.. seperti dalam gambar.. 
gambar 3 : lihat beza antara file yang disembunyikan dan tidak disembunyikan.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~sekian SUKRAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s : jgn cpt nk format je kalau laptop atau apa2 peralatan terkena virus. sila cari ubat dia dulu ok.. =)





Friday, June 1, 2012

Teknik nak baca buku secara free !!

OK, di sini saya akan ajarkan, bagaimana membaca buku secara free, tanpa perlu bayar..

apa ?? tanpa perlu bayar ??  "ko biar betul anuar " ??

Ya, betul.. teknik rahsia ini telah aku gunakan ketika belajar di UM dulu..ngeee~~
teknik ini sangat rahsia dalam membuat assingment.. woha!!

Ok, cara-caranya adalah  :
  •  buat email GMAIL
  • cari atau search nama buku yang nak dicari (rujuk gambar 1)
  • bookmark buku kalau tak sempat baca tu (rujuk gambar 2 )
  • boleh rujuk tajuk buku, nama penulis, dan terbitan dari mana untuk dibuat rujukan dalam assingment anda.. !!


Gambar 1 link : google book (CLICK HERE)


Gambar 2

Mudah sahaja kan ? ape lagi, kalau tak berkemampuan macam aku time kat universiti , boleh guna cara ini, kalau ada duit skit, boleh la photostat deh..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
teringat :
Dulu kat um, selama 3 tahun belajar hanya 2 jenis buku pelajaran je yg aku beli.. huhu.. yang lain semua pinjam / xbeli dan rujuk di google sahaja.. adeii..

Tuesday, March 20, 2012

success ??



"success comes to those who dare to stick their neck out"

LIKE WHAT BRO ??????

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|



SELAMAT BERAMAL =P


Saturday, March 10, 2012

Bagaimana nak motivasi diri kita..

Kita selalu rasa lemah bila berhadapan dengan masalah, kita selalu rasa terpinggir bila kerja kita tidak dihargai, kita selalu rasa tersinggung bila benda yang kita buat ditegur oleh manusia lain..


mungkin sudah tiba masanya, kita lebih ceria dan positif dalam bertindak.. bagaimana??

1) Pertama sekali adalah, mind set (sambil buat gaya tangan peace dibengkokkan)..
pastikan kita selalu positif kan fikiran kita.. semua benda yang baik adalah positif,dan semua benda yang buruk adalah negatif..

2) kenapa Nabi boleh buat dan kenapa aku tak boleh buat?
MuHaSaBaH diri, kenapa Nabi walaupun balik rumah dan penat, masih mampu menolong isterinya kemas rumah, malahan Nabi juga pernah menjahit bajunya sendiri.(tanggungjawab dan amanah.

3) Setiap Perubahan memerlukan "tempoh".
Ok, setiap perubahan kearah kebaikan memerlukan masa, jadi kalau suatu masa anda terbuat kesalahan yang sama, jangan rasa dukacita,tapi teruskan membetulkan diri dan buat lagi peringatan pada diri..

4) Pastikan ada satu setting yang dibuat dalam kepala,bahawa setiap perbuatan kita adalah IBADAH seperti solat, kerja, makan, minum, berjalan, belajar, zikir, tidur dan lain-lain... maka setiap ibadah perlu dibuat betul-betul.. tak gitu ?kalau buat betul-betul, insyAllah besarlah pahalanya disisi Allah..aminn



*maka mari kita memotivasikan diri kita...Mari!!!! ^_^

Thursday, January 12, 2012

Produk org kita

Saya yang hanya memerhati :

Dalam kebanyakan produk kita yang di ketengahkan, perasan atau tidak, hampir kebanyakan produk kita menjurus kepada barang untuk kelihatan CANTIK, barang untuk menjadi CERDAS dan BIJAK, juga barang untuk MENGUATKAN TENAGA BATIN..

kalau sebut je ada ubat yang mampu memberikan otak yang kuat ingatan dan cerdas, langsung mudah dibeli oleh kita.. kan??



tak percaya ? lihat sahaja di kebanyakan iklan didalam tv, blog, dan laman-laman web..

kenapa agak-agaknya ye ?? selamat berfikir.. ^_^

p/s :

  • Kalau nak bijak pandai, banyakkan berzikir, banyak kan membaca buku dan menuntut ilmu
  • Kalau nak kuat, elakkan makan benda2 kokse.. wohaaa..
  • banyak kan mengingati mati.

Tuesday, December 20, 2011

Jantung kedua manusia ..

Bila sebut tentang jantung, dalam fikiran kita sudah terfikir, sejenis organ yang mengepam darah ke seluruh badan, berdup-dap, dan merupakan komponen penting dalam badan kita..



Ya, memang tak salah untuk sihat, kita perlu memiliki jantung yang sihat, tapi tahu kah pembaca (bajet ramai je baca..hahaha), apakah jantung kedua manusia ?? ~

~jantung kedua manusia adalah :

KAKI

Kaki pula ada dua kategori, kaki berbau dan kaki tak berbau..haha

tapi kat sini kaki yang dipilih adalah yang tidak berbau..
sebabnya apa ? ~ selain jantung mengepam darah keseluruh badan, kaki juga mengepam/menolak darah dari bawah ke atas.. ini kerana darah yang mengalir dibawah, memerlukan satu daya tujahan keatas bagi melawan graviti, maka kaki (dibantu oleh injap) berperanan sebagai daya tujahan darah keatas. maka, kerana itu lah, kaki merupakan jantung kedua manusia.. sebab itulah kita disarankan supaya, berjalan atau berlari selalu untuk menguatkan otot kaki dan jantung kita.. ^_^



p/s : 
  • jantung kedua bukanye gewe kita..haha
  • banyakkan bersenam dan jaga kaki anda jangan berbau..



Saturday, December 17, 2011

teknik pinjam tapi untung .. ini bukan MLM

^_^


ok, disini aku nak kongsikan kat pembaca2 (xde org pn lawat sini..haha), cara-cara untuk buat duit dengan cepat dan senang.. lama dah aku terfikir teori ini, tapi xpernah buat lagi la.. walaubagaimana pun, aku tetap nak ajar..hehe.


ok, untuk perhatian semua, ini bukan la MLM, Jual2 produk, Buka kedai, atau yang lain2.. tapi ini dipanggil 
" teknik pinjam dan untung. " 

Ok, untuk tidak membuang masa, sila lihat gambar di bawah , dan kemudian baru baca huraian dia ok.. selamat mencuba..  =)

Click gambar tuk pembesaran =P




1) pinjam rm 50k dari bank1, amik dan simpan (dh jadi duit kita).. kat sini kita hutang, bila hutang, kita ada masa beberapa tahun untuk bayar, contoh kita amik 1 tahun tuk bayar.
2) selepas 1 tahun, pnjam duit dari bank2 rm 50k then bayar ke bank1.. kat sini hutang di bank1 dah settle, tapi hutang kat bank2 pula, maka amik masa 1 tahun lagi...
3) selepas satu tahun, pinjam dari bank3 rm50k then bayar ke bank2.. kat sini hutang di bank 2 dah settle, tapi hutang kat bank3 pula, maka amik masa satu tahun tuk bayar.
4)pinjam balik rm50 k dari bank1 then bayar ke bank3.. dan kemudian begitu la, pusing-pusing dan pusing.. 


begitu la seterusnya.. so kat situ kita akan dapat duit RM 50k , ..huhu.. tapi untuk lebih praktikal, boleh pinjam dengan kawan2 je..jgn dengan bank,..sbb bank ada bunga.. wohaa..!




ok.. selamat mencuba..


Saturday, December 3, 2011

Konvo UM

Aduhai.. rupanya, sudah lama aku tak updatekan blog buruk ini..hehe..


Ok, untuk tidak mengecewakan, aku dengan sukacita memaklumkan aku dah konvo awal bulan 10 ( dah agak basi dah).. dan aku tak pernah upload, walau satu gambar konvo pun kat mana2 laman sosial, blog, email, or mana2.... kalau ada pun gambar konvo, itu rakan2,sahabat2, kawan2 dan lain2 yang uploadkan.. (terima kasih kepada mereka)




em.. walaupun, ini first time aku konvo selama hidup 23 tahun+ sedikit bulan, tetapi aku rasa biasa2 sahaja, tiada ghairah mahu pun berahi, tiada pencarian baju atau seluar baru, dan tiada gambar-gambar yang banyak..tiada semuanya..


walau bagaimana pun, aku hargai semua yang hadir meraikan konvo aku, yg tlg amik gambar, yg bagi bunga, yang belanja makan, yg berkongsi masalah dan sebagainya.. moga Allah balas jasa baik kalian..amin.. ^_^


dan disini, aku kongsikan beberapa (3 aje)  gambar konvo aku.. 


LOKASI : UNIVERSITI MALAYA  5/10/2011


tali dh ttp muka...haha..adoi...












bila kita memegang ijazah, kita juga memegang amanah. Apa guna sebuah ijazah, jika ianya hanya wayang bagi kita.. =,)





Friday, November 4, 2011

Agak2 apa yang kita cari dalam solat ?

entahlah, dalam solat selalu kita susah nak khusyuk... khusyuk dalam erti kata, kita sangat seronok atau "layan" hinggakan kita tak tahu apa yang berlaku sekeliling kita..

em.. baru-baru ini, terfikir aku dengan satu cerita dalam sebuah buku (Penenang Jiwa, Pengubatan & rawatan)..

alkisah :

ada seorang lelaki yang kehilangan sukatan yang diperbuat daripada bulu. Dan dia tidak tahu siapa yang mengambilnya.. Suatu hari ketika dia solat, Tiba-tiba dia teringat siapa yang mengambilnya.. oleh itu dengan segera dia menghabiskan solatnya dan berkata kepada pelayannya.

"Pergilah kamu kepada si fulan, Ambil sukatanku daripadanya."

lalu pelayan itu bertanya " bilakan Tuan mengingatinya ?"

 "Ketika aku dalam solat".. balas Tuannya itu..

lalu dibalas pelayannya. "OH rupanya Tuan mencari sukatan, bukan mencari Allah "...

 tersentak hati Tuannya itu dan kemudian, pelayan itu dimerdekakan...


AL-kisahnya.. cuba renung dalam solat kita (sy bercakap pd diri sy sndiri)..
apa yg kita cari dalam solat.. ? 


"YA ALLAH, BERIKANLAH AKU REZEKI DUA MATA YANG MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ENGKAU SEBELUM AIR MATA INI HABIS" =')



Wednesday, October 26, 2011