Sunday, February 23, 2014

10 orang terkaya Malaysia..

Di bawah adalah nama 10 orang terkaya di Malaysia .. 
Setakat ini, nama aku memang xde lagi la..hehe

Info Grafik

Sumber : HARIAN METRO

p/s : aku agak suka lihat bahagian info grafik, sebab ia nampak mudah faham dan menarik.. ;)

Friday, February 14, 2014

Ragam insuran


Berdepan dengan orang insuran (call) adalah sangat mengujakan.. mengujakan dari segi teknik mereka mempromosikan pakej mereka,cara mereka menarik minat pelanggan, dan kepetahan percakapan mereka. Namun dalam keadaan keterujaan itu, ada beberapa perkara yang perlu mereka perbaiki, iaitu kesabaran dan mohon maaf. Berikut merupakan 3 kisah dari orang insuran (call) yang aku telah jawab..

1) Perempuan :

Dia mempromosikan pakej dia bla3, kemudian dia tanya, encik kerja apa ya ? 
aku : saya kerja buruh kasar je.
dia : oh.. kalau begitu, encik tak layak untuk dapat pakej ni.
aku : la, saya berminat ni, jadi cam mana untuk saya dapat masuk ?
dia : kalau encik beminat, encik kena tukar kerja la.
aku : ohh.. haha.. kat sana ada kerja kosong tak ?
dia : kat sini ada encik, tapi encik kena pandai cakap english la.
aku : eh, saya pandai je cakap english, very well kot .. 
dia : haha..ok lah encik, macam tu la, maaf ya menganggu.. assalamualaikum..

2) Lelaki

dia : assalamualaikum, mohd khairul anuar becakap ke ?
aku : ya, saya. kenapa ya ?
dia : ok, macam ni encik, saya dari bla3, ada promosi bla3.. boleh encik luangkan masa 2-3 minit ya ?
aku : em.. saya macam sibuk sikit ni..
dia : tutttt (dia terus letak telefon)
aku : ceh.. terus letak je..

3) perempuan

dia : hello, mohd khairul anuar becakap ya ?
aku : ya, saya.. kenapa ya ?
dia : saya dari bla3, ada promosi bla3, sempena encik guna bank bla3. boleh encik luangkan masa 2-3 minit ya ?
aku : ok, boleh je, silakan..
dia : bla3, pakej bla3, em..encik bekerja sebagai apa ya ?
aku : em.. buruh je..
dia : ok, bla3, pakej bla3.. boleh saya daftarkan encik sekarang ? untuk pengetahuan encik, ia boleh didaftarkan secara automatik terus dari panggilan.
aku : eh2.. sabar la dulu..rilek la..
dia : bla3.. pakej bla3..
aku : kejap la, saya nak tanya kalau luka sikit pun di cover ke ?
dia : ya encik, semua luka kecil di cove, bla3..
aku : em.. ok.. ada lagi nak tanya, kalau saya ada patah tangan sebelum ni, macam mana ya ? kalau saya nak buat pembedahan kecil ke ? ada cover ke ?
dia : oh, encik ada patah tangan ke ? bila ya ?
aku : pernah, dah pernah patah dah, ada besi dalam tangan.
dia : oh.. kalau macam itu encik tidak layak lagi dengan pakej ini , very simple.. tuttttt ( dia terus letak telefon)
aku : ek.. terus letak telefon je ?


p/s : tak pernah tolak skim insuran pun.. tapi kalau aku nak ambil, aku lebih prefer ambil dengan kawan2 aku sendiri / ahli2 keluarga je.. senang nk claim apa2.. ;)