Saturday, October 12, 2013

Coretan pengalaman menukar tayar kereta..

Aku melihat dalam kegawatan ekonomi kita ini, hampir semua benda yang kita tak tahu atau tak pakar dalam bidangnya maka kita akan di KETUK!!!! serius.. anda pun mesti setuju..




Pada 29/8/2013 yang lalu, aku bercadang untuk menukarkan tayar kereta aku sebab dah bengkak.. terlanggar lubang.. memang terpaksa juga tukar kerana akan bertolak ke johor pada 2 pagi itu juga.. 

maka petang itu setelah balik dari kelas.. aku terus singgah ke kedai tayar, memang aku ZERO dalam hal-hal tentang kereta dan motor ini.. tapi aku dah buat perbandingan, dan baca blog, baca forum tentang tayar yang bagus dan harga rate sekarang..

pergilah aku di satu tempat tukar tayar ( company melayu ) sambil alang2 nak tolong orang2 kita baru meniaga.. aku pun bermadahlah dalam loghat kelantan walaupun ada bau-bau budu pun, xkisahlah..haha..

aku       : kawe nok tukar taya ni, 185 rim17 .. ado ko ?
tokey    : susoh tu nk cari, demo guna hok 195 la rim17.. boleh jugok nok paka pung..
aku       : tokse kawe, takut tok balance.. pah kawe nok jale jauh pulok tu..  pah ado ko gano ni ? xdok gak                kawe try cari keda lain la..
tokey    : meta2 ( sambil dia telefon member dia) ..hello, ada ko tayar 185 rim 17.. haaaa,, ado ? brpo riya ?               ok2.. berehh..
aku        : pah, ado ko ? brapo riya ? baru ko second ?
tokey     : ado2, rm100 riya jah.. baru lagi ni..

wah,..murah sangat ni.. bagus kedai ni.. mmg tolong orang.. (bisik hati aku )..

Tokey     : demo ikut kawe la, kedai yo di usj sana.. tayar ado sano, pasang situ pun xpo..
aku         :  eh, kalau jauh, biar ah..kawe g tempat lain jah, mula2 la.. ( aku dah xsedap hati, cam sangsi )
tokey      :  xpo, ikut kawe jah.. kawe pun nok g amik rim sano.. 
aku         : em.. ok la.. bereh2..

-------------------------------------------------
Setibanya dikedai di USJ, aku nampak ini bukan kedai melayu (tempat dorang ambil tayar)... ok la.. xpe.. bagus kedai ini, sebab jual tayar murah2 je..

aku            : ada ke tayar 185 rim 17 ??
Tokey usj   : xpe, kami cari dulu.... ( setelah lama cari, orang dia pun turun, tanpa bawa apa-apa tayar dan cakap tayar saiz tu dah abis , dan tokey usj ni terus offer aku tayar second rm 90.. ) 
aku             : tayar bunga dah abis kot, ini licin ni..
tokey usj     : ada tayar elok skit.. good year rm180..


aku pun dah malas nak fikir, dah lewat sangat dah.. menyesal ikut..  lalu aku cakap.. ok ON.. tukar la..

maka mereka pun tukar lah, dan check semua tayar.. terutama tayar gelembong tu.. ok.. yang ni rim dia pun dah rosak..  dan dia pun check tayar belakang.. ni pun rim dah rosak sikit..

dia offer aku 2 rim rm 120 dan perlu trade in rim aku juga.. aku pun fikir2.. last2 amik 1 sahaja rim untuk digantu yang tayar depan, sebabnya rim tu memang nampak dah bengkok sikit ( tak fikir apa2 lagi)

tapi setelah di tukar rim aku dengan rim second.. dah siap semua.. 
maka aku nampak rim asal aku, dia letak balik di tempat rim second yang dia jual pada aku tadi.. (maka aku dah nampak, yes.. aku terkena!!.. )  maksudnya.. kalau ada lagi orang yang kena macam aku, nnt dia akan jual rim aku dengan harga second hand pulak..

YES.. AKU DAH KENA GAME >>>  binggo...


p/s : kalau nak pergi buat atau baiki benda yang kita kurang tahu tentangnya.. pergilah ajak rakan2 yang tahu pasal benda itu.. kalau tak, sedialah untuk di GAME OVER ..

3 comments:

  1. Pengalaman mengajar kita agar senantiasa berwaspada dan agar terus mencari ilmu supaya tidak mudah ditipu dalam segala aspek bidang kehidupan... hehe...

    ReplyDelete
  2. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    ReplyDelete
  3. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    ReplyDelete