Friday, November 4, 2011

Agak2 apa yang kita cari dalam solat ?

entahlah, dalam solat selalu kita susah nak khusyuk... khusyuk dalam erti kata, kita sangat seronok atau "layan" hinggakan kita tak tahu apa yang berlaku sekeliling kita..

em.. baru-baru ini, terfikir aku dengan satu cerita dalam sebuah buku (Penenang Jiwa, Pengubatan & rawatan)..

alkisah :

ada seorang lelaki yang kehilangan sukatan yang diperbuat daripada bulu. Dan dia tidak tahu siapa yang mengambilnya.. Suatu hari ketika dia solat, Tiba-tiba dia teringat siapa yang mengambilnya.. oleh itu dengan segera dia menghabiskan solatnya dan berkata kepada pelayannya.

"Pergilah kamu kepada si fulan, Ambil sukatanku daripadanya."

lalu pelayan itu bertanya " bilakan Tuan mengingatinya ?"

 "Ketika aku dalam solat".. balas Tuannya itu..

lalu dibalas pelayannya. "OH rupanya Tuan mencari sukatan, bukan mencari Allah "...

 tersentak hati Tuannya itu dan kemudian, pelayan itu dimerdekakan...


AL-kisahnya.. cuba renung dalam solat kita (sy bercakap pd diri sy sndiri)..
apa yg kita cari dalam solat.. ? 


"YA ALLAH, BERIKANLAH AKU REZEKI DUA MATA YANG MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ENGKAU SEBELUM AIR MATA INI HABIS" =')