Tuesday, March 11, 2014

Tanpa kata ? siri 2

Setiap orang membuat sampah dan najis..



Tuesday, March 4, 2014

Jam "Tawaf"

Jam pusingan kiri ke kanan atau nama lainnya, jam anticlockwise atau nama glamor dia jam "tawaf".

antara khasiat jam ini adalah :

(sumber : fb )


Tetapi ada sesuatu yang sangat pelik :
  • kalau lah pakai jam ini bagi ketenangan, kenapa para doktor tak pakaikan jam ini pada pesakit ?
  • kalau pakai jam ini, membuang radiasi dalam badan, kenapa penyakit kanser masih tidak ada ubat dan kenapa tak dipasang pada pesakit kanser atau di chernobyl untuk kurangkan radiasi. em...orang-orang yang bekeja di lynas semua dah pakai jam ni la kot ? 
  • kalau la ia sangat bagus, kenapa kerajaan lambat bertindak atau tak buat satu jam yang besar, dan letak atas bumbung setiap rumah, supaya semua rakyat malaysia ini sihat dan teransang otaknya dan badannya.. dan aku yakin,kalau di buat seperti ini semua orang akan undi kerajaan! 
ahhhh..  kesian kat aku yang pakai jam tangan murah Tag heuer .. maka tak "teransang" minda aku la nampaknya.. hohohohoho...

p/s : jam digunakan untuk melihat, menjaga, dan menggunakan MASA.

Sunday, February 23, 2014

10 orang terkaya Malaysia..

Di bawah adalah nama 10 orang terkaya di Malaysia .. 
Setakat ini, nama aku memang xde lagi la..hehe

Info Grafik

Sumber : HARIAN METRO

p/s : aku agak suka lihat bahagian info grafik, sebab ia nampak mudah faham dan menarik.. ;)

Friday, February 14, 2014

Ragam insuran


Berdepan dengan orang insuran (call) adalah sangat mengujakan.. mengujakan dari segi teknik mereka mempromosikan pakej mereka,cara mereka menarik minat pelanggan, dan kepetahan percakapan mereka. Namun dalam keadaan keterujaan itu, ada beberapa perkara yang perlu mereka perbaiki, iaitu kesabaran dan mohon maaf. Berikut merupakan 3 kisah dari orang insuran (call) yang aku telah jawab..

1) Perempuan :

Dia mempromosikan pakej dia bla3, kemudian dia tanya, encik kerja apa ya ? 
aku : saya kerja buruh kasar je.
dia : oh.. kalau begitu, encik tak layak untuk dapat pakej ni.
aku : la, saya berminat ni, jadi cam mana untuk saya dapat masuk ?
dia : kalau encik beminat, encik kena tukar kerja la.
aku : ohh.. haha.. kat sana ada kerja kosong tak ?
dia : kat sini ada encik, tapi encik kena pandai cakap english la.
aku : eh, saya pandai je cakap english, very well kot .. 
dia : haha..ok lah encik, macam tu la, maaf ya menganggu.. assalamualaikum..

2) Lelaki

dia : assalamualaikum, mohd khairul anuar becakap ke ?
aku : ya, saya. kenapa ya ?
dia : ok, macam ni encik, saya dari bla3, ada promosi bla3.. boleh encik luangkan masa 2-3 minit ya ?
aku : em.. saya macam sibuk sikit ni..
dia : tutttt (dia terus letak telefon)
aku : ceh.. terus letak je..

3) perempuan

dia : hello, mohd khairul anuar becakap ya ?
aku : ya, saya.. kenapa ya ?
dia : saya dari bla3, ada promosi bla3, sempena encik guna bank bla3. boleh encik luangkan masa 2-3 minit ya ?
aku : ok, boleh je, silakan..
dia : bla3, pakej bla3, em..encik bekerja sebagai apa ya ?
aku : em.. buruh je..
dia : ok, bla3, pakej bla3.. boleh saya daftarkan encik sekarang ? untuk pengetahuan encik, ia boleh didaftarkan secara automatik terus dari panggilan.
aku : eh2.. sabar la dulu..rilek la..
dia : bla3.. pakej bla3..
aku : kejap la, saya nak tanya kalau luka sikit pun di cover ke ?
dia : ya encik, semua luka kecil di cove, bla3..
aku : em.. ok.. ada lagi nak tanya, kalau saya ada patah tangan sebelum ni, macam mana ya ? kalau saya nak buat pembedahan kecil ke ? ada cover ke ?
dia : oh, encik ada patah tangan ke ? bila ya ?
aku : pernah, dah pernah patah dah, ada besi dalam tangan.
dia : oh.. kalau macam itu encik tidak layak lagi dengan pakej ini , very simple.. tuttttt ( dia terus letak telefon)
aku : ek.. terus letak telefon je ?


p/s : tak pernah tolak skim insuran pun.. tapi kalau aku nak ambil, aku lebih prefer ambil dengan kawan2 aku sendiri / ahli2 keluarga je.. senang nk claim apa2.. ;)

Thursday, January 23, 2014

Data pengeluaran kereta bagi tahun 2013


Saya tertarik dengan data yang di keluarkan ini, di lihat seolah-olah kenaikan harga barang dari tahun-tahun sebelum ini tidak memberi kesan sangat kepada pembeli . Data semakin bertambah dan terus bertambah dengan angka yang sangat besar. Namun saya kira pada tahun ini mungkin data akan berkurangan akibat dari kenaikan harga barang yang mendadak dan kos sara hidup yang tinggi. Tapi ia sekadar mungkin dan hanya pandangan peribadi saya. 

Kini kereta tidak di lihat sebagai kehendak lagi, tetapi ia sudah jadi seperti keperluan sosial. Setiap keluarga perlu memiliki satu kereta.


Keperluan Atau Kehendak ?





Adakah kereta kita terlibat dalam menyumbang data ini ?


Data bagi pengeluaran kereta  : 

Tahun 2010 605,156
Tahun 2012 627,753
Tahun 2013 655,793
Tahun 2014 Mungkin rendah ?(sara hidup meningkat) ?


Data diperoleh dari (Tekan sini )

Saturday, December 28, 2013

BRIM 3.0 2014

Semua rakyat MALAYSIA boleh memohon BRIM 3.0 secara online atau secara manual (borang ).. =)


1. Kemaskini / permohonan baru secara online
(tekan pada gambar )

2. Kemaskini / permohonan baru secara manual
(tekan pada gambar)