Saturday, June 25, 2011

Pernah tak anda tiba-tiba ??

banyak perkara dalam perjalanan hidup kita berlaku secara tiba-tiba.. anda pasti ?

Pernah tak anda belajar tak rajin sangat, tapi tiba-tiba keputusan peperiksaan anda hebat-hebat..?
Pernah tak anda tengah kelaparan, tapi tiba-tiba ada orang atau kawan bawa makanan dan beri kepada anda ?
Pernah tak anda ketika tengah single, tapi tiba-tiba ada seorang awek cakap dia suka anda ? haha
Pernah tak ketika anda sedang bersedih, tapi tiba-tiba ada seorang kawan yang bersedih bersama anda ?
Pernah tak ketika anda sedang tido, tapi tiba-tiba kawan datang dan hulur bantal pada anda ?

mesti pernah kan walaupun satu dari antara banyak2 perkara diatas kan? ..

adakah semuanya terjadi secara tiba-tiba ?
adakah semuanya terjadi tanpa dirancang ?
adakah semuanya yang terjadi adalah takdir ?


JAWAPAN :


semuanya tidak terjadi tiba-tiba, semuanya bergantung pada perbuatan kita.. ok sebagai contoh, kita bawa kereta laju, kalau accident, kita patah tangan, tapi kalau kita bawa perlahan, jika accident, tapi tidak patah tangan, perbuaan membawa kereta perlahan tidak mampu membawa kepada patah tangan.. (perbuatan membawa kepada kesan).

kita perlu paham, ada yang Allah telah tetapkan untuk kita, dan kita tidak mampu mengubahnya, sebagai contoh; mati dan hidup.. dan ada yang Allah beri kita pilihan untuk memilihnya seperti; makan lauk apa hari ini, mandi pukul berapa dan lain-lain.. tetapi semua ini berada dalam lingkungan ilmu Allah..

persoalan tiba-tiba adalah suatu yang tidak dapat dihurai.. sebagai contoh, pernah ketika anda lapar,datang seorang kawan membawa makanan dan perlawa anda?, ~ itu semua rezeki dari Allah, dan ia juga adalah kesan dari perbuatan baik yang anda lakukan kepada kawan anda sebelum-sebelum ini.. apa yang kita buat hari ini akan memberi kesan pada hari esok..

Dan dalam semua perkara itu,
boleh tak jika anda sedang makan, tiba-tiba ajal menjemput ?
boleh tak jika anda sedang belajar, tiba-tiba ajal datang bertandang ?
boleh tak jika anda sedang bersuka ria, tiba-tiba ajal menjelma ?


kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, semuanya masih belum tertulis, kita masih ada pilihan, maka pilihlah.. buatlah pilihan yang tepat.. pilih la yang berlandaskan syariat Islam..

=')

Saturday, June 4, 2011

senyum sedekah ke ?

biasa kita dengar senyum itu sedekah, setuju ? ya, memang ia sedekah..
tapi sebenarnya mungkin kita tak tahu atau tak perasan bahawa banyak lagi yang boleh kita sedekah selain dari harta dan senyum..


ingat bukan senyum dan beri harta je sedekah, tapi apa ek ?


dari abu dzar r.a. bahawa beberapa orang ari sahabat Rasulullah s.a.w berkata kepada Nabi s.a.w.

"wahai Rasulullah!. orang yang berharta telah mendapat pahala yang banyak, mereka solat seperti kami solat, mereka berpuasa seperti kami berpuasa, selain itu mereka pun dapat bersedekah dengan kelebihan harta mereka."

Nabi s.a.w bersadba, "bukankah Allah telah menjadikan sesuatu untuk kalian yang dapat kalian sedekahkan?
sesungguhnya pada setiap tasbih (ucapan subhaanallah) itu merupakan sedekah,
setiap takbir adalah sedekah,
setiap tahmid (ucapan alhamdulillah) itu merupakan sedekah,
setiap tahlil (ucapan laa ilaaha illallaah) itu merupakan sedekah,
menyuruh kepada kebaikan itu adalah sedekah,
melarang dari kemungkaran adalah sedekah,
dan pada bercampurnya seorang dari kalian dengan isterinya adalah sedekah."

mereka berkata, "wahai Rasulullah!, apakah seorang dari kami ketika mendatangi syahwatnya, lalu ia mendapatkan pahala ?"

Nabi s.a.w. menjawab, " bagaimana pendapat kalian, jika ia menempatkan syahwatnya pada tempat yang haram, bukankah ia mendapat dosa ?. nah demikianlah , apabila ia menempatkan syahwatnya pada tempat yang halal, maka ia mendapat pahala kerananya."
(riwayat muslim).

maka apa tunggu lagi? jangan senyum sahaja.. hulurkan bantuan ringankan beban.. ^_^

credit to here


p/s: bagi sesiapa yang ada buku2 yang berguna dan tidak inginkan lagi, boleh berikan kepada saya.. boleh saya serahkan kpd yg memerlukan..insyaAllah.