Saturday, June 4, 2011

senyum sedekah ke ?

biasa kita dengar senyum itu sedekah, setuju ? ya, memang ia sedekah..
tapi sebenarnya mungkin kita tak tahu atau tak perasan bahawa banyak lagi yang boleh kita sedekah selain dari harta dan senyum..


ingat bukan senyum dan beri harta je sedekah, tapi apa ek ?


dari abu dzar r.a. bahawa beberapa orang ari sahabat Rasulullah s.a.w berkata kepada Nabi s.a.w.

"wahai Rasulullah!. orang yang berharta telah mendapat pahala yang banyak, mereka solat seperti kami solat, mereka berpuasa seperti kami berpuasa, selain itu mereka pun dapat bersedekah dengan kelebihan harta mereka."

Nabi s.a.w bersadba, "bukankah Allah telah menjadikan sesuatu untuk kalian yang dapat kalian sedekahkan?
sesungguhnya pada setiap tasbih (ucapan subhaanallah) itu merupakan sedekah,
setiap takbir adalah sedekah,
setiap tahmid (ucapan alhamdulillah) itu merupakan sedekah,
setiap tahlil (ucapan laa ilaaha illallaah) itu merupakan sedekah,
menyuruh kepada kebaikan itu adalah sedekah,
melarang dari kemungkaran adalah sedekah,
dan pada bercampurnya seorang dari kalian dengan isterinya adalah sedekah."

mereka berkata, "wahai Rasulullah!, apakah seorang dari kami ketika mendatangi syahwatnya, lalu ia mendapatkan pahala ?"

Nabi s.a.w. menjawab, " bagaimana pendapat kalian, jika ia menempatkan syahwatnya pada tempat yang haram, bukankah ia mendapat dosa ?. nah demikianlah , apabila ia menempatkan syahwatnya pada tempat yang halal, maka ia mendapat pahala kerananya."
(riwayat muslim).

maka apa tunggu lagi? jangan senyum sahaja.. hulurkan bantuan ringankan beban.. ^_^

credit to here


p/s: bagi sesiapa yang ada buku2 yang berguna dan tidak inginkan lagi, boleh berikan kepada saya.. boleh saya serahkan kpd yg memerlukan..insyaAllah.

No comments:

Post a Comment