Tuesday, May 31, 2011

apa itu perpisahan ?

apa makna sebuah perpisahan pada korang ?

hari ini kita jumpa ramai orang, kita jumpa ramai sahabat, kita akan jumpa rakan baru.. kemudian kita akan berpisah, seolah-olah setiap pertemuan kita adalah untuk sebuah perpisahan..

ketika saya menulis ini, saya juga mengandaikan bahawa saya juga mungkin akan berpisah dengan pembaca sekalian sebentar lagi..


tapi kerana apa kita berpisah ?

kita sayang sangat ibu dan ayah kita, tapi suatu masa nanti kita akan berpisah dengan mereka..

kita sayang sangat suami dan isteri kita, tapi suatu masa nanti kita tetap akan berpisah dengan mereka..

kita saya adik-beradik kita, tapi suatu masa nanti kita tetap akan berpisah dengan mereka..

kita saya rakan-rakan kita, tapi suatu masa nanti kita tetap akan berpisah dengan mereka..


Ya, kita berpisah kerana sesuatu (bergantung kepada ilmu, kefahaman dan matlamat anda).. kita berpisah dengan seseorang yang telah meninggalkan dunia kerana Allah lebih sayang pada dia.. kita berpisah dengan rakan-rakan kita untuk mencari erti kehidupan dalam dunia ini.. kita berpisah selepas belajar untuk mencari kerja (tak kan la kat tempat kerja penuh dengan kawan-kawan belajar plak, pelik la nanti..haha )
jadi perpisahan ini hanya sementara..~~



perlukah kita sedih dengan perpisahan ?

di sini ada dua pendapat pada pandangan saya (boleh terima jika baik dan boleh ditolak jika salah ) :

1). perlu sedih~ kerana kesedihan itu suatu lumrah,tak mungkin kita boleh tahan suatu air mata, bila mana suatu jasad yang kita suka akan berpisah dengan kita.. lagi-lagi perisahan selamanya.. bersedih itu tidaklah sampai meratapi sehabis mungkin..

2). tidak perlu~ kerana walaupun ia lumrah, kita tetap akan bertemu dengan mereka kembali, suatu perpisahan itu hanya sementara, perpisahan kita hanya sementara. selalu kita dengar tidur itu mati yang sementara, tapi mati itu tidur yang selamanya.. tapi adakah kita tidur ? tidak, kita hanya pergi ke alam yang kekal.. alam yang di situ, kita akan di nilai dengan segala hasil usaha kita.. emm...kita tetap akan berjumpa di akhirat kelak.. saya yakin..



credit from here

hidup dalam menilai erti sebuah perpisahan... =')

3 comments:

  1. Biasalah tu berpisah. Tapi apa yang tak akan berpisah?

    ReplyDelete
  2. farid .. yg tak akan berpisah tu nurulhuda.. dieja nurul dan huda bercantum.selamanya bersama dan tak akan berpisah. nurulhuda~ =)

    bagus post ni.. sgt bagus..

    tp lagi bagus kalau ada cerpen part 2..heh2~ (kata sebulan sekali.. bubble je.ish..)

    ReplyDelete
  3. farid : em.. dosa sendiri kot tak berpisah.. ke ape ?


    huda : haha.. cerpen tu, idea kering la plak.. =)

    ReplyDelete