Wednesday, May 25, 2011

apa erti sebuah jam..

Dalam hidup kita, berapa banyak jenis jam yang kita pakai ?.
kita ada casio, omega, alba, dan banyak lagi jenama yang mungkin kita biasa dan tidak biasa mendengarnya..

jam juga seperti peneman kita, revolusi jam yang semakin canggih memungkinkan kita memiliki jam yang super complek, menarik dan mahal.. kelahiran jam-jam berjenama mahal sehingga menengelamkan kewujudan dalam memanfaatkan apa yang mesti di optimumkan pada penggunaannya.



credit dari sini
 (kalau anda perasan semua iklan jam akan menunjukkan masa pada 10:10 am/pm )


Ya, apa yang perlu di optimumkan ? sedarkah kita, pada jam yang mahal itu hanya terselit suatu perkara sahaja yang hendak ditunjukkan .. iaitu "MASA". Kita ada jam omega, kawan kita ada jam casio, jiran kita ada jam tag heuer tapi semua masa itu menunjuk kearah yang sama. jadi mengapa perlu mempunyai jam yang berharga mahal..

Bagi saya jam yang mahal hanya sebuah harga bagi kecantikan dan pembuatannya, dan tidak pada harga seminit masa itu berjalan.. jam yang mahal tidak memungkinkan seminit yang berlalu ketika ini kembali berputar kebelakang walau hanya untuk sesaat..


jadi di nilai harga bagi sebuah jam tangan hanya pada ringgitnya, sebab jika tidak berfungsi lagi jam itu walaupun mahal atau murah, ia sudah kembali kepada nilai zero.. maka apa yang penting adalah melihat MASA, kerana Masa lebih mahal dari jam tangan bersalut emas ^_^


sedetik masa anda menuju ke suatu kematian .. =')


renung2kan.. ~~

1.Demi masa.2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.


p/s :
  • mari menjaga masa kita, penuhi masa kita dengan perkara bermanfaat lebih bermakna dari sebuah jam yang mahal tetapi pemiliknya menggunakan masanya pada perkara tidak berguna.. 
  • lihat jam anda dan ingat masa anda
  • sila pastikan waktu jam anda betul .. ^_^

5 comments:

  1. nasihat tambahan: cepatkan masa jam anda 5-10minit.

    ReplyDelete
  2. haha.. xkang tersolat awal dari waktu kang..susah lak.. =P

    ReplyDelete
  3. ko lpe ckp or xtau, ikln ltk kol 10:10 sbb nak kc jam tu nmpak senyum..baru manis muke die,slere c.kit org nk tgk..haha
    (catzspider)

    ReplyDelete
  4. haha,, oohhh.. thns2.. aku mmg tak tahu.. keh3

    ReplyDelete
  5. saya tak paham kenapa harga jam beratus2 ringgit? sebab itu saya google dan singgah disini. boleh terangkan ?

    ReplyDelete