Tuesday, May 31, 2011

apa itu perpisahan ?

apa makna sebuah perpisahan pada korang ?

hari ini kita jumpa ramai orang, kita jumpa ramai sahabat, kita akan jumpa rakan baru.. kemudian kita akan berpisah, seolah-olah setiap pertemuan kita adalah untuk sebuah perpisahan..

ketika saya menulis ini, saya juga mengandaikan bahawa saya juga mungkin akan berpisah dengan pembaca sekalian sebentar lagi..


tapi kerana apa kita berpisah ?

kita sayang sangat ibu dan ayah kita, tapi suatu masa nanti kita akan berpisah dengan mereka..

kita sayang sangat suami dan isteri kita, tapi suatu masa nanti kita tetap akan berpisah dengan mereka..

kita saya adik-beradik kita, tapi suatu masa nanti kita tetap akan berpisah dengan mereka..

kita saya rakan-rakan kita, tapi suatu masa nanti kita tetap akan berpisah dengan mereka..


Ya, kita berpisah kerana sesuatu (bergantung kepada ilmu, kefahaman dan matlamat anda).. kita berpisah dengan seseorang yang telah meninggalkan dunia kerana Allah lebih sayang pada dia.. kita berpisah dengan rakan-rakan kita untuk mencari erti kehidupan dalam dunia ini.. kita berpisah selepas belajar untuk mencari kerja (tak kan la kat tempat kerja penuh dengan kawan-kawan belajar plak, pelik la nanti..haha )
jadi perpisahan ini hanya sementara..~~



perlukah kita sedih dengan perpisahan ?

di sini ada dua pendapat pada pandangan saya (boleh terima jika baik dan boleh ditolak jika salah ) :

1). perlu sedih~ kerana kesedihan itu suatu lumrah,tak mungkin kita boleh tahan suatu air mata, bila mana suatu jasad yang kita suka akan berpisah dengan kita.. lagi-lagi perisahan selamanya.. bersedih itu tidaklah sampai meratapi sehabis mungkin..

2). tidak perlu~ kerana walaupun ia lumrah, kita tetap akan bertemu dengan mereka kembali, suatu perpisahan itu hanya sementara, perpisahan kita hanya sementara. selalu kita dengar tidur itu mati yang sementara, tapi mati itu tidur yang selamanya.. tapi adakah kita tidur ? tidak, kita hanya pergi ke alam yang kekal.. alam yang di situ, kita akan di nilai dengan segala hasil usaha kita.. emm...kita tetap akan berjumpa di akhirat kelak.. saya yakin..



credit from here

hidup dalam menilai erti sebuah perpisahan... =')

Wednesday, May 25, 2011

apa erti sebuah jam..

Dalam hidup kita, berapa banyak jenis jam yang kita pakai ?.
kita ada casio, omega, alba, dan banyak lagi jenama yang mungkin kita biasa dan tidak biasa mendengarnya..

jam juga seperti peneman kita, revolusi jam yang semakin canggih memungkinkan kita memiliki jam yang super complek, menarik dan mahal.. kelahiran jam-jam berjenama mahal sehingga menengelamkan kewujudan dalam memanfaatkan apa yang mesti di optimumkan pada penggunaannya.



credit dari sini
 (kalau anda perasan semua iklan jam akan menunjukkan masa pada 10:10 am/pm )


Ya, apa yang perlu di optimumkan ? sedarkah kita, pada jam yang mahal itu hanya terselit suatu perkara sahaja yang hendak ditunjukkan .. iaitu "MASA". Kita ada jam omega, kawan kita ada jam casio, jiran kita ada jam tag heuer tapi semua masa itu menunjuk kearah yang sama. jadi mengapa perlu mempunyai jam yang berharga mahal..

Bagi saya jam yang mahal hanya sebuah harga bagi kecantikan dan pembuatannya, dan tidak pada harga seminit masa itu berjalan.. jam yang mahal tidak memungkinkan seminit yang berlalu ketika ini kembali berputar kebelakang walau hanya untuk sesaat..


jadi di nilai harga bagi sebuah jam tangan hanya pada ringgitnya, sebab jika tidak berfungsi lagi jam itu walaupun mahal atau murah, ia sudah kembali kepada nilai zero.. maka apa yang penting adalah melihat MASA, kerana Masa lebih mahal dari jam tangan bersalut emas ^_^


sedetik masa anda menuju ke suatu kematian .. =')


renung2kan.. ~~

1.Demi masa.2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.


p/s :
  • mari menjaga masa kita, penuhi masa kita dengan perkara bermanfaat lebih bermakna dari sebuah jam yang mahal tetapi pemiliknya menggunakan masanya pada perkara tidak berguna.. 
  • lihat jam anda dan ingat masa anda
  • sila pastikan waktu jam anda betul .. ^_^

Friday, May 20, 2011

kenapa kita perlu tidur ?

Dalam hidup ini, tiada orang yang tidak pernah tidur.. bahkan mereka yang mengatakan tidak tidur dalam masa-masa tertentu pun kalau anda lihat,dia akan tetap pernah tidur walaupun sekali..

    waktu tidur pula bergantung kepada umur kita dan penggunaan tenaga kita.sebagai contoh, bayi memerlukan 15 hingga 18 jam sehari untuk tidur, kanak-kanak lingkungan tadika memerlukan masa 10-12 jam sehari untuk tidur, dan orang dewasa memerlukan 3-7 jam sehari untuk tidur..




    memahami kenapa kita perlu tidur adalah suatu yang sukar, cuba anda tanya kan pada diri sendiri, kenapa perlu tidur ?

    jika jawapan anda :

    • untuk menjana tenaga. maka saya boleh sangkal dimana tenaga yang didapati ketika tidur adalah lebih dan kurang dari sepotong roti Rm 1.80 sahaja..
    •  untuk memenuhi suatu lumrah atau proses kehidupan, maka saya sangkal lagi dimana, menggunakan hujah proses kehidupan adalah hujah lemah, sebabnya semua perbuatan kita banyak terlibat dengan proses kehidupan atau lumrah ler... huhu


    jadi, apa jawapan nya ?

    ~ tidur merupakan proses penyimpanan, pembuangan, penyusunan maklumat oleh otak. maklumat ini didapati dari saat ketika kita berjaga. otak menyimpan segala maklumat yang kita lihat,dengar dan pelajari dalam bentuk penapisan. maklumat yang tidak berguna dan tidak penting akan dibuang, dan maklumat yang penting yang biasanya di selitkan dengan unsur EMOSI akan lebih disimpan dan disusun..

    sebab itu anda bila bangun akan ingat dan lupa beberapa perkara.. ^_^

    anda juga boleh perhatikan saat yang anda paling rasa letih, iaitu bila anda membuat kerja yang memerlukan fikir dan/atau ingat, seperti bermusafir atau berjalan-jalan.. kerana setiap perjalanan anda, mata akan menangkap imej2 dan maklumat dari segala aspek rumah, kedai, orang dan apa-apa yang anda lihat sepanjang perjalanan anda, dan ketika tidur, otak akan menapis semua imej ini sama ada perlu di simpan, atau tekan punat delete..


    S U R A H    A L - F U R Q A A N :

    25:47. Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha.. 

    ^_^

    Saturday, May 7, 2011

    cara ber "YM" banyak-banyak.. =)

    OK tips pada hari ini, ialah bagaimana mahu menggunakan ber-online guna YM banyak-banyak sekaligus (sperti gambar dibawah, gambar dibawah diambil dari laptop sendiri) :



    Ok, cara dia mudah (pemahaman dalam bentuk gambar ada dibawah tips ) :

    1. Tekan windowkey + R atau pergi ke start menu => accessories => run...Dan type regedit . (seperti dalam gambar dibawah.)


    2. Kemudian folder Registry editor akan keluar (dlm gambar). dari situ pergi ke HKEY_CURRENT_USER => Software => yahoo => Test.

    3. Dalam kawasan Test, tekan kanan pada mouse, dan pergi ke New => DWORD 32 bit value.. (default file akan keluar) . ~ tgk gambar.

    4. Rename file tadi menjadi Plural, dan tekan kanan pergi ke Modify  dan type no 40 atau 30 atau 50 atau 70 atau sukati ko..kuang3.. (no ini memberi maksud berapa banyak ym yang kamu nak bukak).

    5. tekan ok dan REFRESH windows kamu. SETTLE..

    sekarang pergi ke YM dan tekan banyak kali, nanti akan keluar banyak YM page untuk di login...

    ~~ tekan pada image untuk besarkan sizenya..



     





    p/s :

    • setakat ini saya dah cuba banyak kali dan tiada masalah pada komputer.
    • sila beri feedback jika berjaya ^_^
    • selamat berYM banyak2, jgn sampai LEKA ber YM sudah lah..
    • rujukan adalah internet.. banyak dalam forum2.. boleh singgah untuk permahaman lebih jelas.. keh3..