Friday, August 31, 2012

Cara mudah Matematik ( operasi tolak )

Assalamualaikum..

sihat ke semua pembaca ?

tips untuk hari ini ialah, bagaimana menyelesaikan operasi tolak dengan teknik yang mudah.. 
Mudah sangat~~ (sambil buat mata naik atas .. :p )

ok.. cara dia senang, kalau sebelum ini kita pinjam sebelah kalau tak cukup nak tolak, kemudian kitatambah kan 10 
kepada nilai yang tak cukup tu kan ??

maka kali ni tak.. anda cuma perlu tengok gambar..dan kalau tak faham boleh tanya..hehe

1) soalan  : 23-18 = ??

jwpn : sila ikut jalan kira yang telah di nomborkan di gambar tu.. =)



~~Tak Faham ??? xpe, tgk contoh yang lain.. 



p/s : 

1) dalam math, xboleh hurai panjang2.. nnt bosan..
2) aku dapat teknik ni setelah berjalan2 ke kedai buku dan kebetulan anak buah dipanggil utk
mendemokan kiraan math oleh ezy math untuk (operasi tolak).. 

Selamat beramal =)

Friday, August 24, 2012

cara download u tube paling mudah..

Assalamualaikum..

selamat datang ke blog bolok ini..ngee..

hari ni, saya akan cuba ajar cara untuk donwload apa-apa video yang sedang di mainkan..
cara yang senang.. mungkin bagi sesiapa yang tidak mahu menggunakan internet donwload manager
(kadang-kadang tak boleh masuk dengan jenis browser version) boleh gunakan cara ini..

cara-caranya adalah sangat senang.. tidak perlu memrumitkan diri, hanya beberapa langkah dan boleh settle xsampai 2 minit..dan boleh terus convert kepada jenis mp3,mp4, flv dan lain2... bagi yang amatur/beginner/expert juga masih boleh menggunakan cara ini..

caranya :

1. sila buka link ini ( tekan sini ) dan download seperti mana yang ditunjukkan dalam gambar dibawah.. xsampai 10 saat dah settle..



2. dah ? ok seterusnya bukak mana2 (U-TUBE /video ) kemudian play kan ia.. maka button biru kat bawah..kalau tak de kat bawah, tengok kat atas..cari tanda biru tu.. (lihat gambar)




3) ok, settle dah? kemudian  tekan tanda biru tu.. anda boleh tekan donwload seperti pada gambar di bawah.. settle..
^_^




p/s : selamat mencuba.. =)

Sunday, August 19, 2012

Raya " eidul fitri "

Raya ke 24 dalam hidup..

alhamdulillah.. ini merupakan hari raya yang ke 24 dalam hidup aku juga merupakan raya pertama tanpa ibu di sisi.. =')

dan tahun ini merupakan tahun ke-4 aku dah tak beli baju raya (baju melayu)..
mungkin dah terbiasa memakai apa yang ada.. walaubagaimana pun, aku tetap memilih baju
yang terbaik yang aku ada untuk di pakai pada hari pertama raya.. =)

ops2.. tak beli bukan sebab takde duit.. huhu.. tapi xde sebab.. dah terbiasa kot..

apa pun, apa yang penting bukan baju. tapi adakah azam setiap kali menjelma ramadhan itu telah aku laksanakan sebaik mungkin ?  bertaqwa??

atau ramadhan yang telah berlalu ibarat bulan2 lain? datang dan pergi, datang dan pergi.. =')

bingkisan madrasah ramadhan.. moga kami menjadi hamba yang soleh..amiinn.. 









تَقَبَلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ                               



Wednesday, August 15, 2012

Hobi mengumpul duit syiling.

Antara hobi aku yang lain adalah mengumpul duit syiling..
dan setelah di kenal pasti, ada beberapa duit syiling yang aku kumpul bagi setiap tahun berada dalam koleksi aku dan ada beberapa lagi yang tiada.. maka kalau ada siapa2 yang jumpa dan nak beri sahaja pada aku, sangat di alu-alu kan.. kalau nak suh beli..kirim salam.. =p

berikut merupakan koleksi aku mengikut tahun :


  • 1995 ( 50sen) , 1994 (50sen,20se,10sen), 1993&1987&1985&1980&1973&1968&1987 (5sen), 1979 (50sen), 1978 (20sen), 1977 (10sen, 5sen, 1972 (50sen,10sen, 5sen), 1969 (50sen)


pertukaran rupa bentuk pada 1998 ke 1999

pertukaran rupa bentuk dari 2011 ke 2012

duit ni unik sikit.. cam typing error gtu.. huhu 



p/s :

DUIT, SAMA ADA IA DATANG, SAMA ADA IA PERGI DAN SAMA ADA IA DI TINGGALKAN.. ~~

Tuesday, August 7, 2012

Manusia selalu marah akan hal yang mereka tidak ketahui

Kisah 1:
 

Suatu hari diatas sebuah feri ada dua orang kanak-kanak yang sedang membuat bising, hingga menganggu ketenteraman orang lain,
dan bapanya hanya di lihat termenung ke laut dan menikmati udara laut tanpa menghiraukan anak-anaknya..

lalu dalam kepala kita mesti berfikir " bapa dia ini seorang yang tidak bagus, tidak pandai menjaga anaknya, baik tak payah buat anak!! "

kemudian datang seorang hamba ini dan bertanya kan kepada bapanya, bahawa anaknya sedang membuat bising dan menganggu ketenteraman penumpang2 lain,
semua orang di sini mahu berehat.. dijawab bapa tadi " aku baru sahaja kehilangan isteriku sebentar tadi akibat kemalangan, dan aku masih menunggu kapal ini berlabuh untuk balik ke rumah bersama
anak-anak kami.. dan anak-anak ku masih tidak tahu akan hal ini.. "

lalu dalam kepala kita mesti berfikir " kasihan dengan dia.. siapa yang akan jaga anak2 nya apabila dia keluar bekerja tadi.. "

~~~serta-merta persepsi kita berubah 100 darjah ..



Kisah 2 :

Seorang pelajar yang aktif berusrah, cuma dia tidak suka keluar bersama rakan-rakannya untuk lebih aktif berdakwah keluar kawasannya walaupun sudah
beberapa kali dinasihatkan oleh rakannya, tetapi dia masih tetap tidak mahu keluar dan memberikan pelbagai alasan..

lalu dalam kepala kita mesti berfikir " dia ni, harap je usrah, tapi bila ajak keluar jauh sikit, dah xnak..sembang je lebat!! "

tetapi yang disebaliknya adalah beliau mempunyai ayah yang tidak sihat keseorangan dirumah, dan memerlukan penjagaan yang rapi, sebagai anak yang baik,
menguruskan keperluan ayahnya, memberi makan, memandikan, dan lain-lain keperluan merupakan tarbiah untuk dirinya juga..

~~~tapi bila kita tahu akan hal itu, serta-merta persepsi kita berubah 100 darjah ..


Kisah 3 :

seorang murid darjah 2 sangat degil sikapnya, keras perlakuaannya.. dan secara kebetulan ibu dan ayahnya sangat kuat bekerja hingga ke lewat malam..

lalu dalam kepala kita mesti berfikir " dia ni degil sebab ibu dan ayah dia ni tak hiraukan dia la, asik kerja je 24 jam!!! huh "

tetapi setelah di selidiki lebih terperinci, rupanya.. ibu dan ayahnya perlu bekerja bersama mengutip tin2 dan bahan2 kitar semula untuk dijualkan,
dan mereka hidup sangat daif, dan memerlukan sumbangan..

~~~ohhh bila kita tahu akan hal itu, serta-merta persepsi kita berubah 100 darjah ..

Kisah 4 :

Seorang budak memberi salam kepada kawannya yang lain, dan langsung salam itu tidak di jawab, bahkan mukanya juga tidak senyum dan muram..

lalu dalam kepala kita mesti berfikir " dia ni, harap muka je baik, rupanya sombong, diberi salam pun tak dijawab,muka plak asik mencuka je..huh, ko memang macam SINGA!!!"

tetapi apa yang berlaku adalah, beliau ketika itu sakit tekak yang teramat dan tidak dapat menahan kesakitan itu yang kebetulannya beliau juga sakit perut dan mahu segera
ke tandas..

~~~ohhh bila kita tahu akan hal itu, serta-merta persepsi kita berubah 100 darjah ..



Ya.. kita perlu bersangka baik dan bersangka baik dan bersangka baik.. kalau tidak jelas..tanya kan kepada mereka kenapa perkara itu terjadi..
nescaya serta-merta persepsi kita berubah 100 darjah .. yup 100 darjah.. =')


p/s : manusia selalu marah akan hal yang mereka tidak ketahui..