Thursday, February 3, 2011

Tangan aku yang telah patah.

Tiada apa yang menarik pun pada post kali ini.. keh..

cuma sebuah kenangan pahit dalam sebutir perjalanan =)

Pada hari sekian-sekian (tak ingat, mungkin sekitar bulan 11 tahun 2009), ketika perlawanan silat seabad 5 anjuran um.. perlawanan antara aku dgn peserta dari UPM.. adei.. dan.. akhirnya, bukan sahaja kalah point..haha tapi aku kalah dengan tangan yang patah pada bahagian radius dan ulna (bukan luna maya k) seperti gambar dibawah .. =)


ketika itu, hampir 1 bulan aku kehilangan nikmat tangan kiri.. nikmat membawa motor, bermain kompang, bercucuk tanam (kalau ada la)hehe.. nikmat basuh tinja..dan lain2.. hoho

oh nikmat yang ditarik sementara.. 

ketika dalam hospital, aku rasa seperti aku lah yang paling malang, main silat pun patah, kene duduk hospital dan makan ubat..adei.. tapi rupanya,depan katil aku masih teruk, budak UITM, tulang pehanya patah ketika sesi panas badan sebelum bermain futsal, dan dia "disyaki" mengidap cancer tulang, air susmsum tulang telah diambil untuk proses mencari punca, dengan dihujung kaki diletakkan pemberat untuk menghalang tulang peha dari jatuh dan melukai tisu, pelajar tahun akhir, tapi apakan daya.. Allah beri nikmat, Allah juga berhak tarik nikmat.. 

kemudian di sebelah katil dihadapan aku, seorang budak berumur 16 tahun (sekarang mungkin sudah 18 tahun), "memang" menghidap cancer tulang, dan ada lubang besar dilututnya, sangat sukar berjalan dan tidak mahu makan nasi, tinggal di sungai besar (kala tak silap), lebih sadis kerana setiap kali nak beri suntikan perlukan tandatangan dari penjaga (sebab dia bwh umur).. rumah jauh, kondisi yang sangat sukar, nurse pun sudah kenal dengan dia,sebab dia dah 6 bulan dalam PPUM, dan telah berhenti sekolah dekat-dekat beberapa bulan sebelum PMR.. maknanya dia dah kene penyakit cancer lebih dari setahun.. Allahu Akbar.. tiada kata lagi bagi aku, aku hanyalah cebisan dari ujian yang kecil..  terkesan dengan tulisan di siini..


  • ini adalah gambar selepas sahaja tangan kiri kepatahan, perhatikan ada radius dan ulna telah patah (patang lurus), patah yang sebegini tidak boleh disimen sahaja, sebab itu perlu letak besi, tapi kalau patah seperti tulang kene gigit tu, boleh lagi disambung dan disimen tanpa letak besi... gambar telah di adjust histogramnya supaya nampak lebih jelas :




kemudian setelah menjadi wolverine.. aumm, miau-miau....haha 
(ada 12 skru + dua besi diletakkan)


  • dan kemudian setelah dikemaskini dan dijahit..adei .. gambar ini diambil sebelum tangan ini dicuci oleh seorang nurse bertopeng (cantik kot..keh3).. sehari selepas pembedahan..



dan sekarang, tangan ini sudah berfungsi seperti biasa, cuma kadang-kadang terasa tidak selesa.. dan besi ini masih kekal, mungkin terasa ingin dicabut,dan mungkin tidak.. tapi lebih kepada kondisi hendak mencabutnya..huhu..

doakan ya.. moga dipermudahkan urusan hendak dicabut nanti (tak pasti lagi bila).. ^_^

 apa pengajarannya ??  anda fikir-fikirkan...

9 comments:

  1. haha.. bukan fully iron pn.. ada emas jgak2..kah3

    ReplyDelete
  2. Sebuah kenangan pahit dalam sebutir perjalanan awak dan juga yang sama terjadi pada saya. Alhamdulillah,saya hanya radius sahaja dan awak radius&ulna.. Saya turut bersimpati.. Memang amat perit untuk dilalui.. Saya takut nak ulang balik kenangan tu .. Gambar yang awak upload membuat saya terkenang kembali pengalaman itu. ^_^.. InsyaAllah lepas STPM2012 ni ,besi yang ditangan saya macam awak tu akan dibuka.. argh! saya takut.. Awak xbuka ke besi tu.. ngeeee...

    ReplyDelete
  3. Sebuah kenangan pahit dalam sebutir perjalanan awak dan juga yang sama terjadi pada saya. Alhamdulillah,saya hanya radius sahaja dan awak radius&ulna.. Saya turut bersimpati.. Memang amat perit untuk dilalui.. Saya takut nak ulang balik kenangan tu .. Gambar yang awak upload membuat saya terkenang kembali pengalaman itu. ^_^.. InsyaAllah lepas STPM2012 ni ,besi yang ditangan saya macam awak tu akan dibuka.. argh! saya takut.. Awak xbuka ke besi tu.. ngeeee...(Aira L)

    ReplyDelete
  4. anonymous : oh ye ke? patah sbb ape? sy nk bukak tp bukan skrg la..xjmpa masa yg sesuai lg..huhu

    ReplyDelete
  5. ye saya.. patah sebab accident moto.. tayar n rim tercabut dari moto.. berapa lama dah tangan awak ni?.. takutnya saya.. v_v .. (Aira L)

    ReplyDelete
  6. Selepas pembedahan awak tidak mengalami kecacatan ke seperti tangan tidak boleh lurus atau dibengkokkan dan perlu jalani latihan fisio untuk pulih . Dan jika ada berapa lma masa diambil untuk pulih ye?

    ReplyDelete