Showing posts with label memerhati. Show all posts
Showing posts with label memerhati. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Hobi mengumpul duit syiling.

Antara hobi aku yang lain adalah mengumpul duit syiling..
dan setelah di kenal pasti, ada beberapa duit syiling yang aku kumpul bagi setiap tahun berada dalam koleksi aku dan ada beberapa lagi yang tiada.. maka kalau ada siapa2 yang jumpa dan nak beri sahaja pada aku, sangat di alu-alu kan.. kalau nak suh beli..kirim salam.. =p

berikut merupakan koleksi aku mengikut tahun :


  • 1995 ( 50sen) , 1994 (50sen,20se,10sen), 1993&1987&1985&1980&1973&1968&1987 (5sen), 1979 (50sen), 1978 (20sen), 1977 (10sen, 5sen, 1972 (50sen,10sen, 5sen), 1969 (50sen)


pertukaran rupa bentuk pada 1998 ke 1999

pertukaran rupa bentuk dari 2011 ke 2012

duit ni unik sikit.. cam typing error gtu.. huhu 



p/s :

DUIT, SAMA ADA IA DATANG, SAMA ADA IA PERGI DAN SAMA ADA IA DI TINGGALKAN.. ~~

Thursday, September 22, 2011

benda asas yang kita makan.. ekkk

ayam
daging
ikan
telur


ini adalah 4 benda asas yang kita makan hampir setiap hari, sama ada perasan atau tak perasan atau buat-buat tak perasan.... kan kan... hari2 makan benda sama je..

Pernah tak bila kita pergi kedai, kita akan rasa kita tak tahu nak makan apa (teringat kat farid,dia selalu cmni,,haha).. atau ketika kita pagi-pagi fikir hendak masak apa untuk sarapan dan makan tengah hari, kita rasa blur tak tahu nak masak apa..

maka, 4 jenis diatas adalah benda yang kita makan setiap hari.. dan apa yang penting dalam benda yang kita nak makan ini,bukan pada kategorinya.. tapi pada HALAL dan HARAM padanya..


HALAL pula mesti baik.. "halalan toiyiba"

makanan halal, tapi cara nak dapatkan, siapa yang masak, kandungan campuran,semua perlu diambil kira, supaya makanan itu bukan sahaja halal,malahan baik.. ^_^


"you are what you eat" ..






p/s : nanti apa yang kita makan ini adalah apa yang menjadi isi kubur..

Friday, September 9, 2011

antara normal dan tidak normal.. anda menentukan pilihan anda

saya dilahirkan pada 11 september 1987, menjalani sebuah kehidupan yang tidak normal pada awalnya dan kini rasanya sudah menjadi normal (rasanya jelah..haha).. mendapat pendidikan awal di sekolah rendah kebangsaan puchong dan sekolah rendah agama batu 13.. kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.. dan boleh saya katakan, sepanjang perjalanan pembelajaran saya, saya terikat dengan suatu didikan yang tidak normal..

apa yang normal ? apa yang tidak normal ?



kita dlu kcik, msti biasa dengar, "belajar rajin-rajin biar periksa dapat no 1,nanti senang hidup"

dan dari situ, kita cuba berlawan dengan kawan untuk mendapatkan no 1, kerana no 1 ada macam2 keistimewaan (dpt hadiah, disayangi guru, kawan ramai dll..)

kemudian bila mendaki dewasa pula, kita selalu dengar " buat latihan itu banyak2, nanti senang dapat pilih universiti mana yang kita nak dengan kos yang kita suka "
dan akhirnya, kita berlumba lagi untuk mendapatkan gelaran the king of A's, gelaran yang bukan sahaja kita suka, tetapi satu sekolah meraikannya..


kemudian singgah di universiti, " cari kawan baik2, belajar rajin-rajin, dapatkan cgpa yang tinggi, nanti senang kerja, gaji besar dan kahwin " . dan akhirnya kita berusaha lagi sehingga menghafal, membaca, buat homework dll, untuk mendapatkan cgpa yang tinggi.. dan akhirnya kita dapat.. gembira.. nokhtah..


maka apa yang tidak normal ?

bagi saya, kejadian diatas adalah tidak normal, kenapa ?

sebab anda tidak meletakkan sendiri tujuan anda belajar, anda meletakkan matlamat anda belajar sekadar gaji, pekerjaan, rumah tangga, no 1 dll... ya, anda mungkin berjaya secara teori, tapi anda tak berjaya secara literali...


hidup ini bukan seperti perlumbaan, kalau kamu lambat kamu akan dipijak..

belajar merupakan proses sepanjang masa, proses bagi sebuah kehidupan, sama ada secara formal atau tidak formal, yang penting ia adalah proses..

proses pula terikat MASA dan RUANG.. kerana ini kita boleh lihat, setiap ujikaji sesuatu kajian akan dicatat masa perubahan dan apa yang berlaku..

maka, belajar juga adalah proses yang memerlukan MASA dan RUANG.. kita perlu belajar dengan seronok, pilih kecenderungan anda dan belajarlah..

moga dalam apa pun bidang anda, anda tetap dapat menyumbang kepada Islam..Allahumma yassir..


menjalani kehidupan merupakan satu proses pembelajaran, jgn sia-siakan proses pembelajaran anda ^_^

Saturday, August 6, 2011

pilih kos di IPTA berdasarkan apa ?

apa kriteria pemilihan seorang lepasan matrikulasi/diploma/stam/stpm dalam memilih suatu bidang pengkhususan ?

antara jawapan yang popular adalah :


1) ada kerjaya yang sedang menunggu (peluang pekerjaan).
2) sebab minat kos itu.
3) kos itu nampak seperti sangat "stylo"
4) sebab itu sahaja yang layak bila dibandingkan dengan keputusan kita.


dan yang pasti, semua jawapan diatas, masih ada benarnya, dan masih boleh dipertikai, dan sukar diramal..

ok, masalah pemilihan berdasarkan peluang pekerjaan adalah suatu yang tidak boleh dinilai dengan lewa. saya teringat ketika mana dahulu, bidang it adalah bidang yang sangat di iklankan sehingga menarik ramai pelajar memilih bidang itu, kemudian 5 tahun selepas itu, pelajar bagi bidang it seperti cendawan bertumbuh-tumbuh ditumbuhkan (syadid sikit, hehe ).. sebabnya kelompok sasaran pemilihan kos IT adalah terlalu ramai.. dan kini bidang it menjadi bidang yang seolah-olah takut dan trauma untuk di ambil.. 
em...ingat masa depan adalah belum tertulis...

kemudian, pemilihan berdasarkan minat. minat adalah sesuatu yang datang dari hati. ia perlu dipupuk dan diasah supaya ia menjadi bakat.. pemilihan semata kerana minat adalah tidak tepat. kerana persoalan minat adalah subjektif.. ramai orang minat bola, tapi xreti main bola.. ramai orang minat berniaga tapi gagal bila berniaga.. ramai orang minat awek cun, tapi tak pernah dapat..haha.. bahana hanya pada minat (minat lebih)..^_^

kemudian, pemilihan berdasarkan nama kos yang stylo.. contoh; sains komputer, kejuruteraan, bioteknologi dan lain-lain.. ramai juga yang memilih kerana nama, tanpa tahu apa kandungan struktur pembelajaran dalam kos itu.. ini menyebabkan pelajar kecundang dalam bidang itu kerana ia seperti fatamorgana, dijauh mata cantik dan berair, didepan mata hilang dan berasap malahan terbang bersama debu...

kemudian, pemilihan berdasarkan keputusan peperiksaan kita.. kalau bagus, kita pilih kos itu, kalau tidak bagus, kita pilih kos ini.. em.. ia suatu pemilihan yang sukar, kerana sistem pendidikan sekarang meletakkan keputusan peperiksaan sebagai kayu ukur.. saya kira dalam beberapa keadaan, memang kita terpaksa memilih berdasarkan keputusan kita.. sehingga kadang kala kos yang dapat adalah kos yang terpaksa dan tidak minat untuk diambil...



jadi bagaimana hendak pilih kos yang sesuai ?

sebenarnya permilihan suatu kos adalah bergantung kepada minat, kecenderungan, dan daya penakulan anda.. pemilihan yang tepat membantu anda berjaya dan terus cemerlang..

jika anda minat sesuatu yang bersifat mengira, dan anda memang anda minat untuk membuat latihan, cenderung untuk mengkaji dan mempelajari.. maka anda patut pilih kos seperti di fakulti matematik atau perakaunan.. anda berhak memilih, hanya anda yang kenal diri anda lebih dari orang lain.. =)

jika anda minat sesuatu yang bersifat kritis, dengan daya pemikiran yang tinggi, pemahaman yang jelas dan penakulan yang tepat, bidang falsafah lebih perlu anda fokuskan..

apa pun pemilihan anda, jangan dilepaskan usia tanpa belajar ilmu agama.. seimbangkan hidup kita... (pesanan untuk diri saya juga)

p/s :

  • Belajar kerana Allah, sebab dengan ilmu membawa kita dekat dengan Allah ^_^.
  • bagaimana nak tahu struktur subjek dalam sesuatu kos ? ~ google la..hehe

Tuesday, May 31, 2011

apa itu perpisahan ?

apa makna sebuah perpisahan pada korang ?

hari ini kita jumpa ramai orang, kita jumpa ramai sahabat, kita akan jumpa rakan baru.. kemudian kita akan berpisah, seolah-olah setiap pertemuan kita adalah untuk sebuah perpisahan..

ketika saya menulis ini, saya juga mengandaikan bahawa saya juga mungkin akan berpisah dengan pembaca sekalian sebentar lagi..


tapi kerana apa kita berpisah ?

kita sayang sangat ibu dan ayah kita, tapi suatu masa nanti kita akan berpisah dengan mereka..

kita sayang sangat suami dan isteri kita, tapi suatu masa nanti kita tetap akan berpisah dengan mereka..

kita saya adik-beradik kita, tapi suatu masa nanti kita tetap akan berpisah dengan mereka..

kita saya rakan-rakan kita, tapi suatu masa nanti kita tetap akan berpisah dengan mereka..


Ya, kita berpisah kerana sesuatu (bergantung kepada ilmu, kefahaman dan matlamat anda).. kita berpisah dengan seseorang yang telah meninggalkan dunia kerana Allah lebih sayang pada dia.. kita berpisah dengan rakan-rakan kita untuk mencari erti kehidupan dalam dunia ini.. kita berpisah selepas belajar untuk mencari kerja (tak kan la kat tempat kerja penuh dengan kawan-kawan belajar plak, pelik la nanti..haha )
jadi perpisahan ini hanya sementara..~~



perlukah kita sedih dengan perpisahan ?

di sini ada dua pendapat pada pandangan saya (boleh terima jika baik dan boleh ditolak jika salah ) :

1). perlu sedih~ kerana kesedihan itu suatu lumrah,tak mungkin kita boleh tahan suatu air mata, bila mana suatu jasad yang kita suka akan berpisah dengan kita.. lagi-lagi perisahan selamanya.. bersedih itu tidaklah sampai meratapi sehabis mungkin..

2). tidak perlu~ kerana walaupun ia lumrah, kita tetap akan bertemu dengan mereka kembali, suatu perpisahan itu hanya sementara, perpisahan kita hanya sementara. selalu kita dengar tidur itu mati yang sementara, tapi mati itu tidur yang selamanya.. tapi adakah kita tidur ? tidak, kita hanya pergi ke alam yang kekal.. alam yang di situ, kita akan di nilai dengan segala hasil usaha kita.. emm...kita tetap akan berjumpa di akhirat kelak.. saya yakin..



credit from here

hidup dalam menilai erti sebuah perpisahan... =')

Wednesday, May 25, 2011

apa erti sebuah jam..

Dalam hidup kita, berapa banyak jenis jam yang kita pakai ?.
kita ada casio, omega, alba, dan banyak lagi jenama yang mungkin kita biasa dan tidak biasa mendengarnya..

jam juga seperti peneman kita, revolusi jam yang semakin canggih memungkinkan kita memiliki jam yang super complek, menarik dan mahal.. kelahiran jam-jam berjenama mahal sehingga menengelamkan kewujudan dalam memanfaatkan apa yang mesti di optimumkan pada penggunaannya.



credit dari sini
 (kalau anda perasan semua iklan jam akan menunjukkan masa pada 10:10 am/pm )


Ya, apa yang perlu di optimumkan ? sedarkah kita, pada jam yang mahal itu hanya terselit suatu perkara sahaja yang hendak ditunjukkan .. iaitu "MASA". Kita ada jam omega, kawan kita ada jam casio, jiran kita ada jam tag heuer tapi semua masa itu menunjuk kearah yang sama. jadi mengapa perlu mempunyai jam yang berharga mahal..

Bagi saya jam yang mahal hanya sebuah harga bagi kecantikan dan pembuatannya, dan tidak pada harga seminit masa itu berjalan.. jam yang mahal tidak memungkinkan seminit yang berlalu ketika ini kembali berputar kebelakang walau hanya untuk sesaat..


jadi di nilai harga bagi sebuah jam tangan hanya pada ringgitnya, sebab jika tidak berfungsi lagi jam itu walaupun mahal atau murah, ia sudah kembali kepada nilai zero.. maka apa yang penting adalah melihat MASA, kerana Masa lebih mahal dari jam tangan bersalut emas ^_^


sedetik masa anda menuju ke suatu kematian .. =')


renung2kan.. ~~

1.Demi masa.2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.


p/s :
  • mari menjaga masa kita, penuhi masa kita dengan perkara bermanfaat lebih bermakna dari sebuah jam yang mahal tetapi pemiliknya menggunakan masanya pada perkara tidak berguna.. 
  • lihat jam anda dan ingat masa anda
  • sila pastikan waktu jam anda betul .. ^_^

Friday, May 20, 2011

kenapa kita perlu tidur ?

Dalam hidup ini, tiada orang yang tidak pernah tidur.. bahkan mereka yang mengatakan tidak tidur dalam masa-masa tertentu pun kalau anda lihat,dia akan tetap pernah tidur walaupun sekali..

    waktu tidur pula bergantung kepada umur kita dan penggunaan tenaga kita.sebagai contoh, bayi memerlukan 15 hingga 18 jam sehari untuk tidur, kanak-kanak lingkungan tadika memerlukan masa 10-12 jam sehari untuk tidur, dan orang dewasa memerlukan 3-7 jam sehari untuk tidur..




    memahami kenapa kita perlu tidur adalah suatu yang sukar, cuba anda tanya kan pada diri sendiri, kenapa perlu tidur ?

    jika jawapan anda :

    • untuk menjana tenaga. maka saya boleh sangkal dimana tenaga yang didapati ketika tidur adalah lebih dan kurang dari sepotong roti Rm 1.80 sahaja..
    •  untuk memenuhi suatu lumrah atau proses kehidupan, maka saya sangkal lagi dimana, menggunakan hujah proses kehidupan adalah hujah lemah, sebabnya semua perbuatan kita banyak terlibat dengan proses kehidupan atau lumrah ler... huhu


    jadi, apa jawapan nya ?

    ~ tidur merupakan proses penyimpanan, pembuangan, penyusunan maklumat oleh otak. maklumat ini didapati dari saat ketika kita berjaga. otak menyimpan segala maklumat yang kita lihat,dengar dan pelajari dalam bentuk penapisan. maklumat yang tidak berguna dan tidak penting akan dibuang, dan maklumat yang penting yang biasanya di selitkan dengan unsur EMOSI akan lebih disimpan dan disusun..

    sebab itu anda bila bangun akan ingat dan lupa beberapa perkara.. ^_^

    anda juga boleh perhatikan saat yang anda paling rasa letih, iaitu bila anda membuat kerja yang memerlukan fikir dan/atau ingat, seperti bermusafir atau berjalan-jalan.. kerana setiap perjalanan anda, mata akan menangkap imej2 dan maklumat dari segala aspek rumah, kedai, orang dan apa-apa yang anda lihat sepanjang perjalanan anda, dan ketika tidur, otak akan menapis semua imej ini sama ada perlu di simpan, atau tekan punat delete..


    S U R A H    A L - F U R Q A A N :

    25:47. Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha.. 

    ^_^

    Saturday, April 23, 2011

    jom kejar ranking weh !... tangan kat dada, mata naik atas..

    JOM

    Seperti ajak pergi kedai, jom lah kita naikkan ranking kita.. peningkatan ini akan meningkatkan lagi jalur lebar dan pembiakan sistem komunikasi kita..haha...



    figure : 1.0: retrieved 22 april 2011 from HERE


    mari2.. huhu... aku juga penyumbang ke kat ranking diatas... adei...


    p/s : mata naik atas, tangan letak kat dada...keh3

    Tuesday, March 29, 2011

    Rahsia Yang Bukan Rahsia..

    Apa itu rahsia ?

    rahsia  adalah benda atau perkara yang kita simpan dan tidak ingin diketahui umum. sama ada perkara baik,buruk dan lain-lain.


    dan dalam hidup kita semua orang pernah simpan rahsia, tak kira rahsia besar, kecil, perkara baik, perkara buruk.. ia tetap rahsia.. rahsia yang kita pegang dan kita simpan baik-baik.. ^_^


    tetapi, apa yang cuba saya sampaika disini adalah sejenis RAHSIA YANG BUKAN RAHSIA.. dan harap-harap pembaca tidak mempunyai jenis rahsia yang sebegini ok ..hehe

    RAHSIA YANG BUKAN RAHSIA
    adalah sejenis rahsia yang unik, kenapa ia unik ? kerana ia adalah sejenis rahsia yang diketahui oleh semua orang..Ya, walaupun ia diketahui oleh semua orang, tetapi ia tetap dipanggil rahsia.. bagaimana itu ??


    begini caranya..huhu..

    contoh :

    saya ada sekumpulan kawan yang saya beri nama tengku, afifah, ruhasni, farah, zarina (jgn cmburu ok, ini adalah kosmate contoh..kah3)..

    dan saya ada sejenis rahsia iaitu sebagai contoh ; suka gigit kuku ketika hendak tido (contoh sahaja)..
    dan kemudian, ia menjadi satu rahsia, hingga la tiba-tiba saya mahu kongsikan rahsia ini dengan salah seorang dari mereka iaitu tengku. dan di akhir rahsia ini,
    saya  : " ko jgn bgthu spe2 tau..ini rahsia ni, aku cerita kat ko je ni.."
    tengku : "ok bro, xde hal punye.. "  haha..

    maka rahsia ini bertahan sehinggalah, tengku tiba-tiba hendak sharing2 dengan kawan baiknya iaitu afifah, maka tengku pun bercerita tentag rahsia saya, dan pada akhirnya,
    tengku : "fifa, ko jangan cerita pada siapa2 tau pasal benda ini, ini rahsia ini, aku cerita kat ko je ni "
    fifah : "ok bro,xdehal pnye"..

    dan kemudian fifah pula cuba sharing dengan zarina, dan mengulang perkataan yang sama  " ina, ko jangan cerita pada siapa2 tau pasal benda ini, ini rahsia ini, aku cerita kat ko je ni "

    kemudian ina pula cuba sharing dengan farah dan ulang lagi  "farah, ko jangan cerita pada siapa2 tau pasal benda ini, ini rahsia ini, aku cerita kat ko je ni "..haha

    kemudian farah pula cuba sharing dengan ruhasni dan ulang lagi  "has, ko jangan cerita pada siapa2 tau pasal benda ini, ini rahsia ini, aku cerita kat ko je ni "

    dan terjadi lah akhirnya semua orang sudah pun tahu..dan ia adalah hasil dari perkataan mudah ; "aku bgthu kat ko je ni, jgn bgthu sape2 ".. =)

    dan akhirnya, semua orang dah tahu rahsia saya.. maka jenis rahsia ini dinamakan sebagai RAHSIA YANG BUKAN RAHSIA..haha.. agak2 anda ada ke simpan rahsia jenis begini ?

    fikir-fikirkan dan selamat ber-RAHSIA..



    p/s:
    ~ sila simpan rahsia sorang2..haha
    ~ nama-nama kosmate di atas adalah hanya sebagai contoh sahaja. ^_^
    ~ nasib baik aku xde rahsia jenis gini...haha

    Thursday, March 24, 2011

    Bagaimana mahu lebih bergaya ketika di pasar malam,pagi dan tengahari ^_^

    setiap orang mahu menjadi seorang yang bergaya, betul ? bergaya ini bergantung pada definisi dan nilai keilmuan masing-masing dalam menilainya..

    sebagai contoh :
    • ada orang kata pakai kereta BMW, adalah WOW!! sgt bergaya.. 
    • ada juga yang bilang, mempunyai kerjaya yang hebat, dengan duit berkepul-kepul dan baju yang di sterika rapi adalah WOW!! sgt bergaya..
    • ada juga mengatakan bahawa dengan mempunyai awek yang cantik, atau pakwe yang hensem itu adalah WOW!! sgt bergaya..
    maka, ia bergantung kepada individu itu menilai perspektif bergaya, kerana "bergaya itu subjektif"..
    setuju ??

    Tetapi,
    untuk post kali ini, saya akan ajar anda, bagaimana untuk lebih bergaya walaupun hanya berada di pasar malam,pagi dan tghhari...haha...

    begini caranya.. anda hanya perlu menghafal beberapa perkataan penting sahaja, dan sebutkan dengan betul dan ditambah sedikit perasa senyuman.... tetapi taktik ini adalah boleh diaplikasikan ketika berada di kawasan pasar yang menjual sayur-sayuran, atau makanan mentah.. DAN ..
    p/s~sila elakkan perasaan RIAK.. =)


    1 contoh saya bagi ok :


    1. saat ketika anda menjumpai bawang putih, kunyit, halia, serai dan anda ingin membelinya.. anda hanya perlu cakap begini :

    " makcik @ pakcik , boleh berikan saya RM 3  untuk allium sativum, curcuma longa, officinale, cymbopogen citratus ? itu sahaja ya makcik.. tlg asingkan semua jenis2 itu.. "..      

    (ckp muka confident / suara kena jelas dan kening naik atas 2kali je..haha ).. dan sila berjaga-jaga takut ada selipar terbang..

    ~ anda boleh mencuba untuk species yang lain-lain ok =)

    ilmu ini hanya berjaya jika anda ingat pesanan ini !!
    jangan lupa senyuman dan elakkan perasaan riak..!!


    sekian wslm.. SELAMAT MENCUBA dan pastikan anda lebih bergaya selepas ini ketika dipasar ok ^_^


    p/s : siapa2 yang dh buat, boleh share kat sini ok.. dan mari jadi orang berilmu .. =)


    tambahan :

    bawang putih =  Allium sativum
    kunyit = Curcuma longa
    halia = officinale
    serai = cymbopogen citratus
    ikan tilapia = Oreochromis mossambicus
    ikan tapah = Wallago attu

    Wednesday, March 9, 2011

    aku seorang yang belajar agama..

    Gejala sosial yang bertambah bersama kebimbangan ibu bapa mereka dalam menguruskan anak-anak mereka supaya menjadi orang yang berguna menyebabkan peningkatan penghantaran anak-anak ke sekolah menengah  agama (MAAHAD, SAR, SMKA, TAHFIZ). Apa yang jelas, ia bukan satu fenomena aneh, kerana semua orang tahu bahawa dengan ber"agama" sahajalah yang dapat membendung segala masalah-masalah di zaman logam besi ini..


    dan hasilnya kemudian, anak-anak lelaki mereka ini jika balik pulang ke rumah ketika cuti sekolah, akan berubah menjadi baik dan patuh, tawadhuk dan matang. Bagi anak-anak perempuan pula, tudung-tudung mereka menjadi labuh dan semakin sopan lagi beradab .. ITU adalah realiti.. 


    Tetapi ada juga masalah lain yang timbul, ada segolongan dari keluaran sekolah-sekolah Agama ini, yang selepas tamat sekolah atau pengajian, menjadi berubah kepada tabiat lama, solat sudah tidak cukup, cakapnya sudah melawan, tudung sudah ditinggalkan, malu sudah di tepi-tepikan..

    sehingga tiada yang lebih mendukacitakan, seolah-olah keadaan baik ketika mereka di sekolah dahulu dikatakan mereka sebagai "zaman baik", "zaman ikut-ikut", "zaman skema"..  dan seperti agama itu hanya berada disekolah agama sahaja, bila keluar atau habis belajar, agama itu ditinggalkan di sekolah itu...

    Dan ini menjadikan saya tertanya-tanya.. apakah perkara yang menyebabkan perkara seperti ini berlaku ??


    apakah kerana ??


    1. Belajar tanpa ikhlas ;

    surah shaad
    38:82. Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, 38:83. kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.
    ~ jadi bagaimana membina ikhlas? ia, perlukan kesedaran.. dimana kita mesti sedar, segala pekerjaan kita, kita buat hanya kerana Allah.. Jika kita belajar, kita kena sedar bahawa walaupun kita dapat belajar dari guru yang tinggi ilmunya, petah bicaranya, cukup penyampaiannya, namun kefahaman, kebijaksanaan, kepakaran yang kita ada, semuanya datang dari Allah, dan hanya Allah yang mempermudahkannya, juga tanggungjawab untuk menyampaikan dan beramal dengannya adalah satu amanah Allah kepada kita.. 
    contoh lain Jika kita ada anak, kita  mencari rezeki untuk mereka sebagai tanggujawab yang telah Allah tetapkan kepada kita sebagai seorang ayah. supaya nanti jarum-jarum syaitan tidak dapat menembusi kita..

    2. Perasaan Ujub pada jiwa ;

    surah al-nisa'
    4:36. Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.
    ~penyakit bangga diri ini adalah penyakit yang selalu ada dalam sanubari insan. ia dapat diperlihatkan dan selalu kelihatan ketika kita ada sesuatu kelebihan dari orang lain.. ketika mana belajar agama, jangan diletakkan bahawa kita ini lebih baik dari mereka disekolah-sekolah menengah biasa, dan jangan berasa jengkel jika kita suatu ketika kita  ditegur oleh mereka yang tidak belajar di sekolah agama.
    ingat! jika apa yang dikatakan betul, terima ia dengan baik, jika tidak betul, sepikan perkataan mereka dengan baik..



    ~belajar itu amanah, dan kita bertanggungjawab dengan amanah yang kita pegang.~


    p/s :
    • Ditujukan khas dilebihkan untuk diri sendiri seperti mana satu jari saya tunjuk ke orang, 3 jari lagi saya tunjuk diri sendiri... moga hidup kita lebih cemerlang, ilmu kita lebih diberkati, jiwa kita lebih tenang, pengalaman kita lebih matang.. =)
    • moga bicara saya bukan hanya sekadar bicara , melihat saya bukan hanya sekadar melihat, mendengar saya bukan hanya sekadar mendengar ..

    Saturday, February 19, 2011

    pilihan raya kampus; satu tinjaun ringkas..

    Ok..

    PRK antara satu isu yang mahal, terkini, sensasi, panas lagi melodi di universiti malaya sekarang..
    Dan saya juga ingin mengulas pemahaman cetek saya sebagai pengundi berumur, juga sebagai pemerhati kerana telah menetap selama hampir 5 tahun di UM (1 tahun di um nilam puri).. keh3...

    Bagi saya calon yang bertanding adalah ibarat seorang pemancing,dan ikan adalah kita..seperti diketahui ketika memancing pelbagai peralatan, mata kail, persediaan, kelengkapan dan umpan perlu disediakan, supaya ikan akan mudah dapat ditangkap..

    dan pemancing "biasanya" ada 3 jenis ; 

    Satu ; pancing, tak dapat ikan dan kalau dapat pun dia akan lepaskan kembali ikan di air atau dalam erti kata lain (kepuasan). 
    Kedua ; bila dah dapat ikan, ambil tangkap dan buat gulai lemak cili api (pedas) hehe.. 
    Ketiga ; bila dapat ikan, mereka akan bela, jaga baik-baik, beri makan, dan simpan di akuarium sebagai rakan..

    Penjelasan :

    ada calon yang bertanding, umpan sikit punya cantik, tapi tak tahu mana silap, mereka tak dapat undi yang banyak, dan biasanya dia tidak berapa popular dan dipopularkan.. dan akhirnya selepas hari pengumuman undi, mereka akan kalah dan manifesto mereka pergi bersama kekalahan mereka, dan suara mereka tidak lagi kedengaran.. (seumpana tiada jawatan dan tiada bakti).. noktah..

    ada calon yang hanya pandai bercakap (pancing), dan menang diundi (ikan makan umpan) kemudian, kita akan ditinggalkan terkontang kanting, bila kita buat aduan, dia suruh isu borang, bila kita minta penyelesaian, kita hanya dapat alasan dan ulasan. jelas, kami mahu sedikit ulasan tapi banyak penyelesaian.. dan akhirnya mereka dapat jawatan mereka dan kita dapat apa ? ~ sakit hati..haha.. pendek kata kita digoreng masak lomak..

    ada calon yang menang undinya tapi kebajikan kita dia jaga, kekurangan kita dia tegur, kekurangan dia, dia terima, dia tidak kisah untuk bekerjasama dari mana-mana golongan sama ada Bebas, Pro-mahasiswa atau penggerak mahasiswa... calon ini mungkin boleh jadi petah percakapannya, dan mungkin tidak petah percakapannya. tapi kita tahu kerjanya memang hebat, kebajikan kita terjaga "rohani " dan "jasmani".. dan ini lah yang mesti dipilih dan diundi..

    Dan pendirian saya jelas, pancing siapa lagi mahal, pancing siapa lagi kuat, dan umpan siapa lagi sedap.. itulah yg dipilih..=)

    p/s : Bertanding untuk menang bukan kerana ini adalah satu game atau perlawanan.. ada AMANAH yang mesti dipikul dan akan ditanya kelak !! jgn seronok sekarang tapi berbisa dikemudian.. huhu

    Sunday, February 13, 2011

    Bahasa saya dan Bahasa awak..

    Antara perkara yang menarik sungguh perhatian saya dan saya pasti anda pun tiada jawapannya iaitu dari mana sesuatu bahasa itu muncul ??
    seperti yang kita tahu, bahasa digunakan untuk berkomunikasi..bahasa digunakan untuk menyampaikan maklumat, bahasa digunakan sebagai perantara bicara.


    Dan hebat bukan kita ada lebih kurang ratusan atau ribuan bahasa diseluruh dunia ini..

    Tapi , sedarkah anda, dimana bermula-nya sesuatu bahasa itu ? siapakah yang mula-mula menyebut tangan adalah tangan, yadun adalah tangan, hand ialah tangan ?? 

    siapakah yang mula mengistilahkan sesuatu benda ?

    siapakah yang mula mencipta buku dan menamakan ia buku ? bagaimana manusia itu memahami apa yang sedang diperkatakan ?
    bagaimana akal kita mampu memahami bahasa yang saya katakan.. bagaimana anda faham apa yang saya tulis ini ?? haha..


    S U R A T   A R - R U U M

    30:22. Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui..


    Surah ar-rahman :


    55:1. (Tuhan) Yang Maha Pemurah,
    55:2. Yang telah mengajarkan Al Qur'an.
    55:3. Dia menciptakan manusia,
    55:4. Mengajarnya pandai berbicara.
    55:5. Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan.
    Maha Suci ALLAH yang menciptakan sesuatu dengan sempurna.. =)

    Friday, January 28, 2011

    kehidupan kita-kah begini ?

    1. ketika tadika :

    kita mesti update tentang cerita kartun dengan kawan-kawan, atromen, batman, power rangers, masak-masak, main kawin-kawin..


    2. ketika di sekolah rendah :

    update psl kartun, target upsr, peksa no berapa, mak ayah update pasal result periksa..


    3. ketika sekolah menengah :

    update pasal awek2, angan-angan nak berawek.
    ada yang nak belajar sungguh-sungguh nak target pmr,pmru,smu,spm, nak pergi oversea kata nya..

    4. habis spm :

    update kawan-kawan (reunion), cari kawan-kawan sekolah, update kawan-kawan siapa yang sambung belajar, siapa yang kerja, siapa yang amik stam or stpm..


    5. masuk matrik :

    update pasal result matrik, time ni masing-masing nak cari-cari awek juga.. ada yang fikir nak belajar sungguh-sungguh sebab nak masuk universiti..


    6. masuk universiti :

    update perbincangan dengan kawan pasal belajar, berkempen prk, pngk, cgpa, ptptn, jpa, yuran kolej, yuran library, yuran klinik..awek..


    7. habis universiti :

    update pasal pekerjaan masing-masing, dah kerja ke atau masih menganggur, gaji berapa, dah mula fikir-fikir nak beli kereta dan motor dan rumah. juga update dengan kawan tentang rakan-rakan yang hendak mendirikan rumah tangga dan rakan-rakan yang sedang menimang anak-anak..keh3


    8. sudah bekerja :

    update lagi tentang kewangan, bajet harian, makan minum bini dan sekolah anak-anak.. dah mula untuk melihat-lihat kerja kerajaan, kwsp, gaji pencen.


    9. sudah diakhir usia (tua) :

    update tentang ilmu agama, ketika itu, mata pun dah semakin tak nampak, otak juga semakin berkarat, baru mula nak pergi ke rumah-rumah ibadah.. em..

    dah begitukah kita mahukan kitaran hidup kita ?? beginikah maklumat-maklumat yang akan kita lalui nanti ??
    fikir-fikirkan.. 

    Saturday, January 8, 2011

    Jenis-jenis budak U.. erk...

    sekadar pemerhatian ringkas sahaja : ^_^

    1. jenis belajar : bangun tido pegang buku, tido dengan buku, pergi kelas, balik kelas, buat assingment, buat report, tak kisah apa yang berlaku kat luar.. jenis ni paling susah hendak dijumpai, ia ibarat species yang hampir pupus.. keh3

    2. jenis suka download cerita :  semua cerita di download dia, dari cerita melayu, cina, india, orang putih, kartun, cerita kungfu dan macam-macam lagi cerita, yang kadang-kadang bila ditanya, dah abis tengok ke yang download tadi ? jwpn : belum lagi, tak sempat.. (tapi masih duk download cerita lain plak).. jenis ni memang tarik internet kuat., haha...

    3. jenis berblog dan FB:  bangun pagi blog dan Fb, balik kelas blog dan Fb, dalam kuliah fikir nak tulis apa kat blog dan Fb, dan akhirnya, muka pun dah macam blog dah, tengok muka dia pun seperti bertulis-tulisan dalam blog.. =).. segala macam benda diceritakan di blog dan Fb.. kalau kat FB plak, asik like je komen orang..haha..

    4. jenis couple melekat : yang ni keje ye duduk dengan couple dia je, g kuliah dengan couple, g masjid jamek dengan couple, g makan dengan couple, u belanja i, i belanja u..haha..dan study pun dengan couple. kalau putus dengan couple ni, cari couple yang lain.. kalau tak telefon atau mesej sehari, mesti rasa ada je yang kurang... species ni sejak akhir-akhir ni seperti satu pandemic yang tak terkawal..adei..

    5. jenis main game 24jam sehari : yang ini kerjanya memang game je, laptop atau komputer yang terbuka tu, memang bunyi game je, sebut je permainan apa yang dia tak pernah main.. NFS, GTA, PES11, Truck lori, spiderman, dan ZOmbie kg pisang..tension katanya...hahaha

    6. jenis update telefon.. yang jenis tukar telefon je, dapat duit beli Hp baru, blueberry, blackberry,yellowberry,cheryberrry...haha.. mcm2 berry dia ada.. Ptptn, Jpa habis buat beli hp baru.. tapi sekrang jenis macam ni dah slow sikit dah.. tak pasti kenapa.. =)

    7. jenis fitnah-fitnah gedebuk-gedebak, jenis yang ni banyak bila dah dekat-dekat PRK (pilihan raya kampus).. pihak ni kata pihak tu salah, pihak tu kata pihak ni salah.. lepas itu, keluarlah macam-macam nota-nota kecil untuk penyebaran fitnah yang lebih cepat.. kemudian Fb pula akan dijadikan tempat bercakar-cakaran... habis semua pekung dan aib orang di buka-nya... ish3

    8. jenis blur je.. haha.. yang ni jenis, xde dalam kategori jenis kat atas, mereka akan blur je, sampai satu tahap, tak heran dah dengan apa yang berlaku sekeliling mereka. yuran kolej naik, yuran library naik, barang naik, dan yang naik-naik, semua dia tak kisah.. yang penting, dia blur je..kui3..


    dan banyak lagi jenis-jenis yang tidak diceritakan lagi..keh3..
    maka : rasa-rasanya korang kategori yang mana ?? uhuk2...

    p/s : sekadar pemerhatian sahaja, boleh diterima dan boleh ditolak, tiada masalah...

    (byk jgk katergori aku kat atas tu..haha)