Wednesday, March 9, 2011

aku seorang yang belajar agama..

Gejala sosial yang bertambah bersama kebimbangan ibu bapa mereka dalam menguruskan anak-anak mereka supaya menjadi orang yang berguna menyebabkan peningkatan penghantaran anak-anak ke sekolah menengah  agama (MAAHAD, SAR, SMKA, TAHFIZ). Apa yang jelas, ia bukan satu fenomena aneh, kerana semua orang tahu bahawa dengan ber"agama" sahajalah yang dapat membendung segala masalah-masalah di zaman logam besi ini..


dan hasilnya kemudian, anak-anak lelaki mereka ini jika balik pulang ke rumah ketika cuti sekolah, akan berubah menjadi baik dan patuh, tawadhuk dan matang. Bagi anak-anak perempuan pula, tudung-tudung mereka menjadi labuh dan semakin sopan lagi beradab .. ITU adalah realiti.. 


Tetapi ada juga masalah lain yang timbul, ada segolongan dari keluaran sekolah-sekolah Agama ini, yang selepas tamat sekolah atau pengajian, menjadi berubah kepada tabiat lama, solat sudah tidak cukup, cakapnya sudah melawan, tudung sudah ditinggalkan, malu sudah di tepi-tepikan..

sehingga tiada yang lebih mendukacitakan, seolah-olah keadaan baik ketika mereka di sekolah dahulu dikatakan mereka sebagai "zaman baik", "zaman ikut-ikut", "zaman skema"..  dan seperti agama itu hanya berada disekolah agama sahaja, bila keluar atau habis belajar, agama itu ditinggalkan di sekolah itu...

Dan ini menjadikan saya tertanya-tanya.. apakah perkara yang menyebabkan perkara seperti ini berlaku ??


apakah kerana ??


1. Belajar tanpa ikhlas ;

surah shaad
38:82. Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, 38:83. kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.
~ jadi bagaimana membina ikhlas? ia, perlukan kesedaran.. dimana kita mesti sedar, segala pekerjaan kita, kita buat hanya kerana Allah.. Jika kita belajar, kita kena sedar bahawa walaupun kita dapat belajar dari guru yang tinggi ilmunya, petah bicaranya, cukup penyampaiannya, namun kefahaman, kebijaksanaan, kepakaran yang kita ada, semuanya datang dari Allah, dan hanya Allah yang mempermudahkannya, juga tanggungjawab untuk menyampaikan dan beramal dengannya adalah satu amanah Allah kepada kita.. 
contoh lain Jika kita ada anak, kita  mencari rezeki untuk mereka sebagai tanggujawab yang telah Allah tetapkan kepada kita sebagai seorang ayah. supaya nanti jarum-jarum syaitan tidak dapat menembusi kita..

2. Perasaan Ujub pada jiwa ;

surah al-nisa'
4:36. Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.
~penyakit bangga diri ini adalah penyakit yang selalu ada dalam sanubari insan. ia dapat diperlihatkan dan selalu kelihatan ketika kita ada sesuatu kelebihan dari orang lain.. ketika mana belajar agama, jangan diletakkan bahawa kita ini lebih baik dari mereka disekolah-sekolah menengah biasa, dan jangan berasa jengkel jika kita suatu ketika kita  ditegur oleh mereka yang tidak belajar di sekolah agama.
ingat! jika apa yang dikatakan betul, terima ia dengan baik, jika tidak betul, sepikan perkataan mereka dengan baik..



~belajar itu amanah, dan kita bertanggungjawab dengan amanah yang kita pegang.~


p/s :
  • Ditujukan khas dilebihkan untuk diri sendiri seperti mana satu jari saya tunjuk ke orang, 3 jari lagi saya tunjuk diri sendiri... moga hidup kita lebih cemerlang, ilmu kita lebih diberkati, jiwa kita lebih tenang, pengalaman kita lebih matang.. =)
  • moga bicara saya bukan hanya sekadar bicara , melihat saya bukan hanya sekadar melihat, mendengar saya bukan hanya sekadar mendengar ..

3 comments:

  1. 3) kerana islam dipelajari, tidak di hayati. lantas islam sekadar pada akli tidak pada hati. justeru, pada akhlak, islam tiada termanifestasi.

    ReplyDelete