Saturday, August 6, 2011

pilih kos di IPTA berdasarkan apa ?

apa kriteria pemilihan seorang lepasan matrikulasi/diploma/stam/stpm dalam memilih suatu bidang pengkhususan ?

antara jawapan yang popular adalah :


1) ada kerjaya yang sedang menunggu (peluang pekerjaan).
2) sebab minat kos itu.
3) kos itu nampak seperti sangat "stylo"
4) sebab itu sahaja yang layak bila dibandingkan dengan keputusan kita.


dan yang pasti, semua jawapan diatas, masih ada benarnya, dan masih boleh dipertikai, dan sukar diramal..

ok, masalah pemilihan berdasarkan peluang pekerjaan adalah suatu yang tidak boleh dinilai dengan lewa. saya teringat ketika mana dahulu, bidang it adalah bidang yang sangat di iklankan sehingga menarik ramai pelajar memilih bidang itu, kemudian 5 tahun selepas itu, pelajar bagi bidang it seperti cendawan bertumbuh-tumbuh ditumbuhkan (syadid sikit, hehe ).. sebabnya kelompok sasaran pemilihan kos IT adalah terlalu ramai.. dan kini bidang it menjadi bidang yang seolah-olah takut dan trauma untuk di ambil.. 
em...ingat masa depan adalah belum tertulis...

kemudian, pemilihan berdasarkan minat. minat adalah sesuatu yang datang dari hati. ia perlu dipupuk dan diasah supaya ia menjadi bakat.. pemilihan semata kerana minat adalah tidak tepat. kerana persoalan minat adalah subjektif.. ramai orang minat bola, tapi xreti main bola.. ramai orang minat berniaga tapi gagal bila berniaga.. ramai orang minat awek cun, tapi tak pernah dapat..haha.. bahana hanya pada minat (minat lebih)..^_^

kemudian, pemilihan berdasarkan nama kos yang stylo.. contoh; sains komputer, kejuruteraan, bioteknologi dan lain-lain.. ramai juga yang memilih kerana nama, tanpa tahu apa kandungan struktur pembelajaran dalam kos itu.. ini menyebabkan pelajar kecundang dalam bidang itu kerana ia seperti fatamorgana, dijauh mata cantik dan berair, didepan mata hilang dan berasap malahan terbang bersama debu...

kemudian, pemilihan berdasarkan keputusan peperiksaan kita.. kalau bagus, kita pilih kos itu, kalau tidak bagus, kita pilih kos ini.. em.. ia suatu pemilihan yang sukar, kerana sistem pendidikan sekarang meletakkan keputusan peperiksaan sebagai kayu ukur.. saya kira dalam beberapa keadaan, memang kita terpaksa memilih berdasarkan keputusan kita.. sehingga kadang kala kos yang dapat adalah kos yang terpaksa dan tidak minat untuk diambil...



jadi bagaimana hendak pilih kos yang sesuai ?

sebenarnya permilihan suatu kos adalah bergantung kepada minat, kecenderungan, dan daya penakulan anda.. pemilihan yang tepat membantu anda berjaya dan terus cemerlang..

jika anda minat sesuatu yang bersifat mengira, dan anda memang anda minat untuk membuat latihan, cenderung untuk mengkaji dan mempelajari.. maka anda patut pilih kos seperti di fakulti matematik atau perakaunan.. anda berhak memilih, hanya anda yang kenal diri anda lebih dari orang lain.. =)

jika anda minat sesuatu yang bersifat kritis, dengan daya pemikiran yang tinggi, pemahaman yang jelas dan penakulan yang tepat, bidang falsafah lebih perlu anda fokuskan..

apa pun pemilihan anda, jangan dilepaskan usia tanpa belajar ilmu agama.. seimbangkan hidup kita... (pesanan untuk diri saya juga)

p/s :

  • Belajar kerana Allah, sebab dengan ilmu membawa kita dekat dengan Allah ^_^.
  • bagaimana nak tahu struktur subjek dalam sesuatu kos ? ~ google la..hehe

No comments:

Post a Comment