Friday, September 9, 2011

antara normal dan tidak normal.. anda menentukan pilihan anda

saya dilahirkan pada 11 september 1987, menjalani sebuah kehidupan yang tidak normal pada awalnya dan kini rasanya sudah menjadi normal (rasanya jelah..haha).. mendapat pendidikan awal di sekolah rendah kebangsaan puchong dan sekolah rendah agama batu 13.. kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.. dan boleh saya katakan, sepanjang perjalanan pembelajaran saya, saya terikat dengan suatu didikan yang tidak normal..

apa yang normal ? apa yang tidak normal ?



kita dlu kcik, msti biasa dengar, "belajar rajin-rajin biar periksa dapat no 1,nanti senang hidup"

dan dari situ, kita cuba berlawan dengan kawan untuk mendapatkan no 1, kerana no 1 ada macam2 keistimewaan (dpt hadiah, disayangi guru, kawan ramai dll..)

kemudian bila mendaki dewasa pula, kita selalu dengar " buat latihan itu banyak2, nanti senang dapat pilih universiti mana yang kita nak dengan kos yang kita suka "
dan akhirnya, kita berlumba lagi untuk mendapatkan gelaran the king of A's, gelaran yang bukan sahaja kita suka, tetapi satu sekolah meraikannya..


kemudian singgah di universiti, " cari kawan baik2, belajar rajin-rajin, dapatkan cgpa yang tinggi, nanti senang kerja, gaji besar dan kahwin " . dan akhirnya kita berusaha lagi sehingga menghafal, membaca, buat homework dll, untuk mendapatkan cgpa yang tinggi.. dan akhirnya kita dapat.. gembira.. nokhtah..


maka apa yang tidak normal ?

bagi saya, kejadian diatas adalah tidak normal, kenapa ?

sebab anda tidak meletakkan sendiri tujuan anda belajar, anda meletakkan matlamat anda belajar sekadar gaji, pekerjaan, rumah tangga, no 1 dll... ya, anda mungkin berjaya secara teori, tapi anda tak berjaya secara literali...


hidup ini bukan seperti perlumbaan, kalau kamu lambat kamu akan dipijak..

belajar merupakan proses sepanjang masa, proses bagi sebuah kehidupan, sama ada secara formal atau tidak formal, yang penting ia adalah proses..

proses pula terikat MASA dan RUANG.. kerana ini kita boleh lihat, setiap ujikaji sesuatu kajian akan dicatat masa perubahan dan apa yang berlaku..

maka, belajar juga adalah proses yang memerlukan MASA dan RUANG.. kita perlu belajar dengan seronok, pilih kecenderungan anda dan belajarlah..

moga dalam apa pun bidang anda, anda tetap dapat menyumbang kepada Islam..Allahumma yassir..


menjalani kehidupan merupakan satu proses pembelajaran, jgn sia-siakan proses pembelajaran anda ^_^

No comments:

Post a Comment