Showing posts with label gempakkan komputer. Show all posts
Showing posts with label gempakkan komputer. Show all posts

Friday, August 24, 2012

cara download u tube paling mudah..

Assalamualaikum..

selamat datang ke blog bolok ini..ngee..

hari ni, saya akan cuba ajar cara untuk donwload apa-apa video yang sedang di mainkan..
cara yang senang.. mungkin bagi sesiapa yang tidak mahu menggunakan internet donwload manager
(kadang-kadang tak boleh masuk dengan jenis browser version) boleh gunakan cara ini..

cara-caranya adalah sangat senang.. tidak perlu memrumitkan diri, hanya beberapa langkah dan boleh settle xsampai 2 minit..dan boleh terus convert kepada jenis mp3,mp4, flv dan lain2... bagi yang amatur/beginner/expert juga masih boleh menggunakan cara ini..

caranya :

1. sila buka link ini ( tekan sini ) dan download seperti mana yang ditunjukkan dalam gambar dibawah.. xsampai 10 saat dah settle..



2. dah ? ok seterusnya bukak mana2 (U-TUBE /video ) kemudian play kan ia.. maka button biru kat bawah..kalau tak de kat bawah, tengok kat atas..cari tanda biru tu.. (lihat gambar)




3) ok, settle dah? kemudian  tekan tanda biru tu.. anda boleh tekan donwload seperti pada gambar di bawah.. settle..
^_^




p/s : selamat mencuba.. =)

Friday, June 8, 2012

Pendrive kene virus ??

Ada satu penyakit yang berlaku kepada pendrive atau hardisk iaitu terkena sejenis virus.. virus yang menyembunyikan semua folder yang ada dan kemudia membuat shortcut pada pendrive kita..

sapa yang pernah kena? di sini ada penyelesaiannya .. ^_^



ok, langkah 1, bila kene benda macam ni adalah jangan kalut, terutama perempuan.. ada yang tanya saya, terus mintak nak FORMAT laptop , FORMAT hardisk dan FORMAT pendrive bagai.. nasihat saya pada orang camni...  sila jangan terlalu pantas bertindak huhu.. kang abis hilang semua data penting yang disimpan.. 


ok, langkah 2, kita nak folder atau file yang disembunyikan  (hidden file) itu.. dengan cara rujuk pada turutan gambar di bawah.. :

gambar1 : BUKA MANA2 FOLDER.. 

gambar 2 : Tekan ikut urutan nombor.. 


Ok, langkah 3, kamu perlu pergi ke folder / file / pendrive yang ada data dalam dia,tp kamu ingat dah hilang.. kemudia bukak folder tu, dan kamu akan dapati, file2 kamu yang dah hilang, masih ada dan telah tersembunyi.. seperti dalam gambar.. 
gambar 3 : lihat beza antara file yang disembunyikan dan tidak disembunyikan.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~sekian SUKRAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s : jgn cpt nk format je kalau laptop atau apa2 peralatan terkena virus. sila cari ubat dia dulu ok.. =)





Friday, June 1, 2012

Teknik nak baca buku secara free !!

OK, di sini saya akan ajarkan, bagaimana membaca buku secara free, tanpa perlu bayar..

apa ?? tanpa perlu bayar ??  "ko biar betul anuar " ??

Ya, betul.. teknik rahsia ini telah aku gunakan ketika belajar di UM dulu..ngeee~~
teknik ini sangat rahsia dalam membuat assingment.. woha!!

Ok, cara-caranya adalah  :
  •  buat email GMAIL
  • cari atau search nama buku yang nak dicari (rujuk gambar 1)
  • bookmark buku kalau tak sempat baca tu (rujuk gambar 2 )
  • boleh rujuk tajuk buku, nama penulis, dan terbitan dari mana untuk dibuat rujukan dalam assingment anda.. !!


Gambar 1 link : google book (CLICK HERE)


Gambar 2

Mudah sahaja kan ? ape lagi, kalau tak berkemampuan macam aku time kat universiti , boleh guna cara ini, kalau ada duit skit, boleh la photostat deh..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
teringat :
Dulu kat um, selama 3 tahun belajar hanya 2 jenis buku pelajaran je yg aku beli.. huhu.. yang lain semua pinjam / xbeli dan rujuk di google sahaja.. adeii..

Saturday, July 30, 2011

komponen dalam pendrive kingston..

saya mempunyai pendrive kingston 1 giga, dibeli ketika hari open day di KIAS ketika saya menuntut di nilam puri.. dengan harga RM 70 ringgit sahaja(mata naik atas)..hehe

dan hasilnya pendrive itu telah rosak tidak sampai setahun pun penggunaannya. masuk air pun tidak, jemur tengah panas pun tidak, kena pijak pun tidak, jatuh dari tingkat 3 pun tidak tapi tetap rosak.. aduyai..


maka dengan tidak ada kerjanya saya pun bukak dalamnya.. dan komponentnya adalah seperti dibawah :







huhu, rm 70 kini 1 giga jatuh rm 10 je... teknologi tak mampu dikejar..

sharing is caring ^_^

Tuesday, July 5, 2011

komponen dalam dell vostro 1200

laptop yang berharga mahal, tapi sekarang sudah rosak, motherboard sudah terbakar, nak pergi beli motherboard duit pula tiada..haha..adei.. siapa2 nak sponsor ? boleh email saya ok.. =P

ok.. ini antara komponen dalam laptop, hampir semua laptop mempunyai komponent yang hampir sama, mungkin anda boleh lihat dan mungkin sedikit sebanyak membantu anda menjaga laptop anda atau membaikinya sendiri.. =)





motherboard :



ram :



processor :



hard disc :





Saturday, May 7, 2011

cara ber "YM" banyak-banyak.. =)

OK tips pada hari ini, ialah bagaimana mahu menggunakan ber-online guna YM banyak-banyak sekaligus (sperti gambar dibawah, gambar dibawah diambil dari laptop sendiri) :



Ok, cara dia mudah (pemahaman dalam bentuk gambar ada dibawah tips ) :

1. Tekan windowkey + R atau pergi ke start menu => accessories => run...Dan type regedit . (seperti dalam gambar dibawah.)


2. Kemudian folder Registry editor akan keluar (dlm gambar). dari situ pergi ke HKEY_CURRENT_USER => Software => yahoo => Test.

3. Dalam kawasan Test, tekan kanan pada mouse, dan pergi ke New => DWORD 32 bit value.. (default file akan keluar) . ~ tgk gambar.

4. Rename file tadi menjadi Plural, dan tekan kanan pergi ke Modify  dan type no 40 atau 30 atau 50 atau 70 atau sukati ko..kuang3.. (no ini memberi maksud berapa banyak ym yang kamu nak bukak).

5. tekan ok dan REFRESH windows kamu. SETTLE..

sekarang pergi ke YM dan tekan banyak kali, nanti akan keluar banyak YM page untuk di login...

~~ tekan pada image untuk besarkan sizenya..



 





p/s :

  • setakat ini saya dah cuba banyak kali dan tiada masalah pada komputer.
  • sila beri feedback jika berjaya ^_^
  • selamat berYM banyak2, jgn sampai LEKA ber YM sudah lah..
  • rujukan adalah internet.. banyak dalam forum2.. boleh singgah untuk permahaman lebih jelas.. keh3..

Saturday, April 9, 2011

YM bila tulis xnampak tulisan..

Untuk mereka yang YM dia tak nampak tulisan bila sudah taip..

Baru-baru ini, saya dikejutkan dengan kisah seorang pelajar yang telah kehilangan semua butir perkataannya setiap kali dia menaip di YM (yahoo messenger) dia.. dan saya sangat terkejut, kenapa hal yang demikian berlaku..

saya cuba mecari-cari jawapan dalam google, dan akhirnya saya jumpa padasebuah laman web :


tapi untuk proses mudahnya, cara membaiki ym anda yang mengalami kebutaan ini caranya adalah :



1. try re-install ym anda itu sekali lagi, kalau xjadi.
2.tekan CTRL + R , dan taip regedit dan nanti ia akan keluar ke REGISTRY EDITOR.. kemudian cari folder dibawah :

HKEY_CURRENT_USER => Software => Microsoft => Windows => CurrentVersion => Internet Settings => Zones :

  •  di tempat Zones, padamkan folder selain dari no 0,1,2,3,4 (seperti gambar di atas).... dan tutup registry anda.. restart computer anda.. 


Rujukan lebih lanjut dan kefahaman lebih jelas, sila ke laman web ini credit to (TEKAN SINI BRO) .. ^_^



p/s : kalau xjadi jugak, sila la format terus..hihi

Sunday, March 20, 2011

Cara untuk print scrin hanya gambar yang dikehendaki sahaja ^_^

kali ini kita akan belajar, cara untuk PRINT SCRIN hanya gambar yang dikehendaki sahaja. Dan biasanya bila kita print scrin, kita akan mendapat gambar sebesar gambar di dekstop, jadi bila kita paste (tampalkan) ke assignment, kita perlulah CROP dahulu gambar itu hanya untuk mendapat gambar yang kita kehendaki, dan ia adalah sangat MELECEHKAN.. jadi alkisahnya untuk mendapatkan gambar yang dikehendaki sahaja, perkara ini adalah sangat mudah dan tidak complicated.


caranya:
  1. buka gambar atau tekan part gambar yang anda mahu.
  2. tekan Ctrl + Alt +Prtsc (printscrin).
  3. kemudian paste kan dimana2 assignment atau kerja anda. ^_^

contoh :

gambar bila saya tekan hanya button print scrin sahaja :


  
Dan ini adalah contoh saya tekan Cntrl + Alt + Printscrin (saya tidak potong atau cut gambar ini ok ^_^ ) :


SELAMAT MENCUBA ^_^ ..

Sunday, January 16, 2011

menulis perkara-perkara PRIVATE.. $_$

ok.. mahu teman kongsikan tentang benda ni. ramai dah tahu, tapi ramai juga yang tak tahu.. ok, pada microsoft word anda, ada satu tempat untuk protect data anda dari dibuka oleh orang lain.. dan ia boleh anda gunakan untuk kerja-kerja seperti menulis DAIRI, THESIS, PROJEK KHAS atau apa-apa file yang berguna dan private..

cara-caranya :

1. bukak atau tulis pada file microsoft word anda..
2. save file tersebut.
3. pergi ke prepare >>> encrypt document .
4. kemudian masukkan password anda >>> retype password, kemudian tekan OK.. settle... simple.. =)
5. anda boleh apply benda ini pada semua jenis microsoft (excel, power point, dan lain-lain)..

~click pada gambar untuk besarkan, dan selamat mencuba..





^_^

Wednesday, January 12, 2011

penting ke untuk backup bookmark kita ?? =)


contoh :

untuk apa kita perlu backup benda ni ???


~ kelebihan untuk backup kita punye bookmark, ini penting sebab, kalau apa-apa corruption berlaku pada mozilla kita, atau in case kita nak format laptop, maka segala bookmark kita akan hilang. Mesti rasa rugi sebab banyak link-link yang berguna telah hilang dan perlu dicari semula satu persatu..


maka, caranya adalah :


1. cara untuk simpan / backup bookmark :

****   pergi ke bookmark => organize bookmark => import and backup => export HTML => kemudian bagi nama kat file ini dan lokasi dimana mahu disimpan.. dan tekan SAVE.. ****  settle...

*semua adalah dijelaskan pada gambar dibawah, click pada gambar untuk besarkan..












2. cara untuk ambil /  import bookmark :

****   pergi ke bookmark => organize bookmark => import and backup => import HTML => from an HTML file => tekan next dan cari file yang sudah kita simpan tadi..kemudia open..**** settle..
~ dan sekarang bookmark anda akan jadi seperti pada gambar mula-mula tadi..

*semua adalah dijelaskan pada gambar dibawah, click pada gambar untuk besarkan..








p/s : selamat mencuba.. ^_^





Friday, December 31, 2010

Kursus COMPITIA A+

Alhamdulillah =)


Habis sudah kursus compitia A+ yang tak dapat A+ yang di urus setia oleh um prestariang.. dan keputusannya adalah saya GAGAL dan sy LULUS pada dua exam yang disediakan.. haha..

ok, untuk exam yang pertama saya dapat 648, dan untuk lulus adalah 675. Tapi untuk exam kedua,saya dapat 784, dan saya dapat 700..  maka result penuhnya adalah saya gagal...aloha..

tapi, perkara itu tetap merupakan satu pengalaman berguna bagi saya.. mendefinisikan gagal pada paper exam tidak mengambarkan kegagalan masa hadapan.. =)

 Untuk pengetahuan, kursus ini adalah berkenaan dengan pengurusan, pembaikian, dan softskill dalam bidang Komputer..

antara yang dipelajari :

  • hardware
  • sofware
  • configuration computer
  • solving problem
  • dealing with customer
  • multiboot
  • virtual machine (pc console and sun-virtualbox)
  • sharing file, network, and remote control.

Maka, nanti saya akan kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat.. untuk para penguna tentang apa yang perlu tahu supaya Komputer atau laptop mereka berada dalam keadaan Selamat dan Stabil dan Gempak.. (padahal tak reti pun)..keh3..



~~3/1/2011 akan ada re-seat paper untuk paper yang failed itu.. ^_^"

Monday, December 27, 2010

FORMAT komputer atau laptop !!

cara-caranya (gambar ada disediakan dibawah) :

1. BACKUP data/ maklumat anda yang penting-penting ke mana2 pendrive, atau komputer kwn, untuk maklumat yg kalau hilang agak2 boleh menangis..hehe

2. Kemudian, simpan file-file yang berada di dekstop atau drive C.. kerana setelah di format,semua file-file itu akan hilang..


3. Sediakan CD windows (xp,7,vista) + CD driver (ikut model PC atau Laptop anda) + air milo (sejuk)..hehe

4. Sila pastikan size drive C (system) anda supaya nanti bila hendak format, anda tidak ter"format" ke drive D atau drive yang ada data-data penting..

seterusnya ~~

5. masukkan CD windows ke dalam CD player..keh3.. dan restart komputer anda..

6. Tekan F8 ( i agree)

7. pilih partion yang hendak di jadikan system..kemudian tekan ENTER.


8. kemudian pilih Format the partion using the NTFS file system ..


9. kemudian, settle dan biar kan.. dan ikut arahan seterusnya.. next, pilih negara, betulkan masa, masukkan serial key..dan SIAP..


10. dah habis semuanya, kemudian masukkan CD driver (biasanya cd yg dapat bersama ketika beli laptop), dan install dalam PC anda..

SELAMAT MENCUBA.. 


^_^










p/s : harap membantu sedikit sebanyak deh..

Friday, December 24, 2010

MARI menjaga password anda !!

Ada beberapa cara untuk menjaga password anda daripada dirembat,dicuri dan seumpamanya, cara-caranya jeng3.. ^_*



1. Phishing ~ merupakan kaedah yang selalu digunakan oleh mereka yang agak mahir dalam bidang komputer.. cara-caranya, adalah dengan membuat satu laman web yang serupa dengan laman web asal.. sebagai contoh, saya buat satu laman web friendster, tetapi menukar Host bagi laman itu ke database saya sendiri.. dan apabila anda memasukkan username dan password anda ke laman friendster (yg tipu), maka saya akan mendapat maklumat password anda tanpa anda sedari..
ok, cara pencegahan...  jangan sebarangan menekan apa-apa link web yang anda dapat dari email anda yang anda tidak ketahui asalnya.. atau dalam kata pendeknya SPAM..keh3.. dan pastikan jika hendak masuk ke laman web yang asli, pastikan anda menaipnya di ruang atas di  " http://www. bla3.."


2. Mozilla password ~ merupakan cara manual untuk mendapatkan password anda.. biasanya, ia di ambil oleh mereka yang hampr dengan kita, contoh kawan, tempat baiki laptop, dan lain-lain yang berkecenderungan jahat.. (mintak jauh).. untuk pengetahuan anda mozilla menyediakan butang save password (seperti gambar dibawah)


Ingat !! pastikan anda tidak menekan SESUKA HATI pada button Remember.. kerana bila ditekan password anda boleh di-lihat dan di-ambil pada laman web anda..
TAPI, jika anda tekan-nya juga, pastikan laptop atau kompuer anda tidak di access orang-orang yang berkecenderungan jahat ok.. dan jika menghantarnya ke kedai-kedai membaiki laptop, pastikan anda remove semua password anda yang telah anda simpan setelah menekan button REMEMBER..
caranya :

pergi ke tools > options > security > saved passwords > dan remove all.. 


3. Tidak meletakkan password anda kokse2 ( tidak menentu) dan mudah..haha.. iaitu dengan meletakkan password anda sebagai tarikh lahir, nama awek, nama pakwe, nama kucing kesayangan, 123456, atau perkataan-perkataan kamus.. ok, cara untuk membuatkan password anda susah dan lebih secure..

pastikan dalam password anda mempunyai : nombor, abjad, huruf besar, huruf kecil dan symbol..

sebagai contoh : kh@iRu!@nuaR87  keh3..
atau boleh juga membuat password seperti..~~  SSMBBKMM .. " Saya Suka Makan Banyak-Banyak Ketika Malam Menjelma.. u get what i mean ??  =)


4 : keylogger ~ cara ini adalah saya tak leh bagitahu cara atasinya..kah3.. sbb tak abis research lagi..


SELAMAT BERINGAT..

jika ada yang mahu menambah, boleh menambah di komen bawah ok.. =)

gempak-kan laptop dan komputer anda.. (XP) !!

contoh :

ok, cara-caranya adalah seperti berikut.. =)


1. Tekan winkey + run   dan taip gpedit.msc , seperti gambar diatas..

2. Kemudian pergi ke windows settings  > scripts (startup/shutdown) seperti gambar. Pilih sama ada mahu buat mesej box pada startup atau ketika hendak shutdown computer.. anda berhak memilih ^_^..

Sudah pilih ? kemudian tekan kanan kat mouse dan tekan properties.. 

3. Tekan button ADD, dan kemudian tekan browse.. xperlu taip apa-apa pada scripts parameters. 

4. Kemudian tekan kanan pada mouse dan pilih NEW  > notepad..

5. Buka file notepad tadi, seperti cara diatas.. dan taip
~~ Msgbox(“ selamat dating ke blog awantinggi87.blogspot.com”) ~~
Boleh tukar kepada ayat anda sendiri dgn menukar ayat didalam tanda quote... 

6. Kemudian save dan rename file itu sebagai test.vbs..
Ikut suka anda nak nama kan ia sebagai apa2 nama.. Cuma pastikan dihujung namanya
diletakkan .vbs kemudian tekan ok atau yes.. 

7. Tekan pada file tadi dan Tekan apply dan ok.. dan siap sudah ba..haha..

8. bantuan gambar disediakan seperti dibawah..

Selamat mencuba.. sebarang masalah, boleh tnye deh..keh3  ^_^



untuk mereka yang menggunakan windows 7 dan vista.. benda ni xberapa nak jadi.. keh3..