Tuesday, August 7, 2012

Manusia selalu marah akan hal yang mereka tidak ketahui

Kisah 1:
 

Suatu hari diatas sebuah feri ada dua orang kanak-kanak yang sedang membuat bising, hingga menganggu ketenteraman orang lain,
dan bapanya hanya di lihat termenung ke laut dan menikmati udara laut tanpa menghiraukan anak-anaknya..

lalu dalam kepala kita mesti berfikir " bapa dia ini seorang yang tidak bagus, tidak pandai menjaga anaknya, baik tak payah buat anak!! "

kemudian datang seorang hamba ini dan bertanya kan kepada bapanya, bahawa anaknya sedang membuat bising dan menganggu ketenteraman penumpang2 lain,
semua orang di sini mahu berehat.. dijawab bapa tadi " aku baru sahaja kehilangan isteriku sebentar tadi akibat kemalangan, dan aku masih menunggu kapal ini berlabuh untuk balik ke rumah bersama
anak-anak kami.. dan anak-anak ku masih tidak tahu akan hal ini.. "

lalu dalam kepala kita mesti berfikir " kasihan dengan dia.. siapa yang akan jaga anak2 nya apabila dia keluar bekerja tadi.. "

~~~serta-merta persepsi kita berubah 100 darjah ..



Kisah 2 :

Seorang pelajar yang aktif berusrah, cuma dia tidak suka keluar bersama rakan-rakannya untuk lebih aktif berdakwah keluar kawasannya walaupun sudah
beberapa kali dinasihatkan oleh rakannya, tetapi dia masih tetap tidak mahu keluar dan memberikan pelbagai alasan..

lalu dalam kepala kita mesti berfikir " dia ni, harap je usrah, tapi bila ajak keluar jauh sikit, dah xnak..sembang je lebat!! "

tetapi yang disebaliknya adalah beliau mempunyai ayah yang tidak sihat keseorangan dirumah, dan memerlukan penjagaan yang rapi, sebagai anak yang baik,
menguruskan keperluan ayahnya, memberi makan, memandikan, dan lain-lain keperluan merupakan tarbiah untuk dirinya juga..

~~~tapi bila kita tahu akan hal itu, serta-merta persepsi kita berubah 100 darjah ..


Kisah 3 :

seorang murid darjah 2 sangat degil sikapnya, keras perlakuaannya.. dan secara kebetulan ibu dan ayahnya sangat kuat bekerja hingga ke lewat malam..

lalu dalam kepala kita mesti berfikir " dia ni degil sebab ibu dan ayah dia ni tak hiraukan dia la, asik kerja je 24 jam!!! huh "

tetapi setelah di selidiki lebih terperinci, rupanya.. ibu dan ayahnya perlu bekerja bersama mengutip tin2 dan bahan2 kitar semula untuk dijualkan,
dan mereka hidup sangat daif, dan memerlukan sumbangan..

~~~ohhh bila kita tahu akan hal itu, serta-merta persepsi kita berubah 100 darjah ..

Kisah 4 :

Seorang budak memberi salam kepada kawannya yang lain, dan langsung salam itu tidak di jawab, bahkan mukanya juga tidak senyum dan muram..

lalu dalam kepala kita mesti berfikir " dia ni, harap muka je baik, rupanya sombong, diberi salam pun tak dijawab,muka plak asik mencuka je..huh, ko memang macam SINGA!!!"

tetapi apa yang berlaku adalah, beliau ketika itu sakit tekak yang teramat dan tidak dapat menahan kesakitan itu yang kebetulannya beliau juga sakit perut dan mahu segera
ke tandas..

~~~ohhh bila kita tahu akan hal itu, serta-merta persepsi kita berubah 100 darjah ..



Ya.. kita perlu bersangka baik dan bersangka baik dan bersangka baik.. kalau tidak jelas..tanya kan kepada mereka kenapa perkara itu terjadi..
nescaya serta-merta persepsi kita berubah 100 darjah .. yup 100 darjah.. =')


p/s : manusia selalu marah akan hal yang mereka tidak ketahui..

3 comments:

  1. "kita perlu bersangka baik dan bersangka baik dan bersangka baik.. kalau tidak jelas..tanya kan kepada mereka kenapa perkara itu terjadi.."

    =)

    adakah semua perkara yang ditanya akan benar-benar menjadi jelas?

    ReplyDelete
  2. bgus story ustaz anwar bg nie...hohoh buat renungan hehe

    ReplyDelete
  3. anonymous :

    semua perkara yang tak faham, kalau di tanya InsyaAllah jelas.. =)

    tapi, memang ada juga yang tak jelas.. tp bersangka baik la.. bersangka baik dan berhati2..


    mad nor : haha.. renungan skit2.. huhu

    ReplyDelete