Friday, November 4, 2011

Agak2 apa yang kita cari dalam solat ?

entahlah, dalam solat selalu kita susah nak khusyuk... khusyuk dalam erti kata, kita sangat seronok atau "layan" hinggakan kita tak tahu apa yang berlaku sekeliling kita..

em.. baru-baru ini, terfikir aku dengan satu cerita dalam sebuah buku (Penenang Jiwa, Pengubatan & rawatan)..

alkisah :

ada seorang lelaki yang kehilangan sukatan yang diperbuat daripada bulu. Dan dia tidak tahu siapa yang mengambilnya.. Suatu hari ketika dia solat, Tiba-tiba dia teringat siapa yang mengambilnya.. oleh itu dengan segera dia menghabiskan solatnya dan berkata kepada pelayannya.

"Pergilah kamu kepada si fulan, Ambil sukatanku daripadanya."

lalu pelayan itu bertanya " bilakan Tuan mengingatinya ?"

 "Ketika aku dalam solat".. balas Tuannya itu..

lalu dibalas pelayannya. "OH rupanya Tuan mencari sukatan, bukan mencari Allah "...

 tersentak hati Tuannya itu dan kemudian, pelayan itu dimerdekakan...


AL-kisahnya.. cuba renung dalam solat kita (sy bercakap pd diri sy sndiri)..
apa yg kita cari dalam solat.. ? 


"YA ALLAH, BERIKANLAH AKU REZEKI DUA MATA YANG MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ENGKAU SEBELUM AIR MATA INI HABIS" =')



3 comments:

  1. khusyuk bkn tk hirau perkara sekeliling..
    Rasulullah solat dan baginda hirau bila anak kecil menangis lalu dipendekkan bacaan.

    Saidina Ali solat.. lalu dtg seorg pengemis.. lalu ditanggalkan cincinnya dan diberi pd pengemis tersebut. waktu itu beliau dalam ruku'..

    tp khusyuk.. usaha membawa hati utk bersama Allah.. meski kdg sukar mengembala fikiran.

    kita solat jemaah.. tp pahala yg diperolehi berbeza2 mengikut setiap org.. berbeza kerna niat.. kerna kehadiran hati.

    suatu perkara yg dicabut drpd umat hari ini adalah khusyuk.. namun jgn pernah kita berhenti drpd memohon bantuanNya utk khusyuk. hidup sentiasa menuju kesempurnaan iman.

    apa yg penting kesan drpd solat. adakah kita menjadi org yg menjauhi perkara keji..dan bersegera utk perkara kebaikan..

    kalau kita masih menjd late comers..itu bermakna belum effective solat kita. belum terkesan solat pd kehidupan kita..
    (dan sy malu pd diri sendiri, krn ternyata perkara kecil ini sy masih gagal. solat sy penuh cacat celanya.. )

    sama2 kita perkasakan solat. usahakan khusyuk. agar kita dpt menjd hamba yg cemerlang di sisiNya.

    ReplyDelete
  2. Allahu akhbar... benar juga tu.. =)

    terima kasih atas perkongsian..

    khusyuk = membawa hati kepada Allah..

    ReplyDelete