Sunday, October 6, 2013

Sombong

Ntah hari keberapa aku kerja sebagai pengisi minyak (outdoor) di Petronas....

tiba-tiba ada datang seorang yang bagi aku nampak agak sombong, naik perdana v6.. muka memang tak layan, aku tanya-tanya nak tolong isikan minya pun buat tak tahu..

seusai minyak di isi.. maka beliau pun cuba menghidupkan engin.. kreeekkkk, kreeekkkk..

 Dan secara tiba-tiba kereta dia tak hidup.. aku cakap la, bateri kereta  you lemah tu.. dia masih tetap buat tak layan, sambil dia cuba telefon seseorang..  aku pun bla ke kereta lain.. sudah agak 15 minit kereta dia masih di situ, aku cakap lagi, bateri u lemah la tu kot.. dia pun telefon lagi dan cakap nak tanya mekanik dia..

 Aku suruh tolak tepi kereta ni.. baiki ditempat parking je.., pun dia tak layan jgak (macam ini punya orang pun ada) .. dia buka bonet depan dan konon2 check dia punya engin semua dan goyang-goyang wayar semua la..


em...aku biarkan sahaja..  sambil geleng kepala...

30 minit sudah berlalu...


Tiba-tiba , aku lihat tangannya melambai memangil aku.. (sebagai pekerja yang profesional, emotional perlu di tolak tepi ..poyooo )

 " Em.. you boleh tolong i tak, i ada jumper, cuba u cari kan i kereta, mintak tolong sama orang lain "..


" wah, macam ni punya orang pun ada ke ?. kereta rosak, sombong lagi, suruh kita pergi tanya orang untuk jumper kereta dia, kenapa kau tak pergi tanya sendiri ?? ".. bentak hati kecil ku..

xpe la sebagai profesional sekali lagi emotional di tolak tepi.., aku pun carikan la.. mungkin dah memang kerja aku.. maka dapat la seorang ( aku tak panggil pun, tapi dia datang sahaja hulurkan bantuan ), dan memang kebetulan adalah seorang pomen kereta..  cuba menghidupkan engin dia dengan jumper..

juga masih tidak boleh hidup..

hampir 10 minit masih tidak hidup.. dia pun masih dengan telefon dia sibuk telefon pomen khas dia tu.. aku pun bla.. malas nak layan orang macam ni..

Tiba-tiba, tangannya melambai lagi.. mintak tolong tolakkan kereta ke tempat parking..

" td aku suruh tolak awal2 tak nak.." bentak hati kecilku lagi..


Alahai, begitu lah manusia.. ada yang Allah beri lebih, ada yang kurang sikit.. maka bersyukurlah selalu.. jauhilah sifat sombong.. huhu


p/s : kalau ada aku tersombong ke atau nampak seperti menyombong , maafkan aku k.. 

No comments:

Post a Comment