Saturday, March 2, 2013

Anda kisah sangat ke dengan harga barang anda ?



Assalamualaikum, apa kabar pembaca budiman.. di harap semuanya berada dalam keadaan sihat dan bersemangat.. 


ada suatu kisah .... ;)

 Pada suatu hari, azmin ingin menjual seutas jam tangan cantik yang dibeli  kepada azura dengan rm30. Jam tangan tersebut adalah sangat berkualiti dan cantik. Di jualnya Azmin kepada Azura dengan harga yang murah, iaitu dengan keuntungan Azmin hanya rm2 hinggit.. Azmin menerangkan bahawa jam ini sangat berkualiti dan tahan lasak, dan azmin juga telah memakai jam tangan ini hampir 3 tahun. Azura sangat berminat dengan jam ini, tetapi merasa ragu dengan harga nya yang murah.. Mana mungkin jam hebat begini harga dia murah, ini tidak LOGIK!! 

Lalu Azmin menerangkan bahawa dia mengambil keuntungan dengan harga yang minimum, dan jika pergi di luar pun.. harga dia akan menceceh ratusan ringgit.. 

Azura tetap tidak percaya.. mesti jam ini tidak elok kualitinya..  Azura tidak membelinya kerana merasakan bahawa harga nya yang murah tidak sepadan dengan kualitinya sebagus itu... 


Maka beberapa hari kemudian pergilah Azura ke KEDAI jam .. Dan melihat kepada jam yang serupa dengan harga ratusan ringgit.. disebabkan merasa sangat berminat, maka dia membelinya.. dan dia merasakan bahawa itu adalah berbaloi antara harga dan kualitinya dan ini adalah LOGIK!!.. dan dia bersangkakan bahawa jam tangan Azmin adalah tiruan..

Tamat~~~~

Moralnya.. kalau xcaya kan.. cubalah kalau ada orang jual benda murah kat kita.. mesti kita cam ragu2 kualitinya.. sebab apa ? sebab HARGA.. Maka anda kisah tak dengan HARGA sesuatu barang ??

YA, anda kisah...!!

p/s :  ada yang dapat membeli dengan win win situation.. tetapi ramai sebenarnya yang membeli pada keadaan one win situation.. pilihan di tangan kita..

No comments:

Post a Comment