Wednesday, February 23, 2011

hampir sama muka..

selalu kita pernah dengar ayat ini kan ??

1. "eh, muka dia sama la cam muka kau "

2. "macam familiar je muka dia ni kan ? "

3. "muka dia macam pelakon itu dan ini lah"

4. " sama la muka ko, ko kembar dengan dia ke ? "


oleh kerana itu, saya berfikir.. adakah orang yang mempunyai muka yang hampir sama seperti saya ?? dan saya cuba mencari-cari.. dan akhirnya.. saya tidak sangka.. saya jumpa.!!!

terharu sungguh..  di bawah saya lampirkan ada 2 muka yang tak sama TAPI hampir sama dengan saya.. huhu..
hampir serupa-kan ???
sila scroll ke bawah..

||
V

||
V

||
V


||
V


||
V


||
V

..............................................................................

................................................................................
....................................................................................



hehe.. maka hampir sama kan.. sila lah jgn muntah atau pengsan ok atau terharu   =P

p/s : bersyukur dengan apa yang kita ada k ..^_^

Saturday, February 19, 2011

pilihan raya kampus; satu tinjaun ringkas..

Ok..

PRK antara satu isu yang mahal, terkini, sensasi, panas lagi melodi di universiti malaya sekarang..
Dan saya juga ingin mengulas pemahaman cetek saya sebagai pengundi berumur, juga sebagai pemerhati kerana telah menetap selama hampir 5 tahun di UM (1 tahun di um nilam puri).. keh3...

Bagi saya calon yang bertanding adalah ibarat seorang pemancing,dan ikan adalah kita..seperti diketahui ketika memancing pelbagai peralatan, mata kail, persediaan, kelengkapan dan umpan perlu disediakan, supaya ikan akan mudah dapat ditangkap..

dan pemancing "biasanya" ada 3 jenis ; 

Satu ; pancing, tak dapat ikan dan kalau dapat pun dia akan lepaskan kembali ikan di air atau dalam erti kata lain (kepuasan). 
Kedua ; bila dah dapat ikan, ambil tangkap dan buat gulai lemak cili api (pedas) hehe.. 
Ketiga ; bila dapat ikan, mereka akan bela, jaga baik-baik, beri makan, dan simpan di akuarium sebagai rakan..

Penjelasan :

ada calon yang bertanding, umpan sikit punya cantik, tapi tak tahu mana silap, mereka tak dapat undi yang banyak, dan biasanya dia tidak berapa popular dan dipopularkan.. dan akhirnya selepas hari pengumuman undi, mereka akan kalah dan manifesto mereka pergi bersama kekalahan mereka, dan suara mereka tidak lagi kedengaran.. (seumpana tiada jawatan dan tiada bakti).. noktah..

ada calon yang hanya pandai bercakap (pancing), dan menang diundi (ikan makan umpan) kemudian, kita akan ditinggalkan terkontang kanting, bila kita buat aduan, dia suruh isu borang, bila kita minta penyelesaian, kita hanya dapat alasan dan ulasan. jelas, kami mahu sedikit ulasan tapi banyak penyelesaian.. dan akhirnya mereka dapat jawatan mereka dan kita dapat apa ? ~ sakit hati..haha.. pendek kata kita digoreng masak lomak..

ada calon yang menang undinya tapi kebajikan kita dia jaga, kekurangan kita dia tegur, kekurangan dia, dia terima, dia tidak kisah untuk bekerjasama dari mana-mana golongan sama ada Bebas, Pro-mahasiswa atau penggerak mahasiswa... calon ini mungkin boleh jadi petah percakapannya, dan mungkin tidak petah percakapannya. tapi kita tahu kerjanya memang hebat, kebajikan kita terjaga "rohani " dan "jasmani".. dan ini lah yang mesti dipilih dan diundi..

Dan pendirian saya jelas, pancing siapa lagi mahal, pancing siapa lagi kuat, dan umpan siapa lagi sedap.. itulah yg dipilih..=)

p/s : Bertanding untuk menang bukan kerana ini adalah satu game atau perlawanan.. ada AMANAH yang mesti dipikul dan akan ditanya kelak !! jgn seronok sekarang tapi berbisa dikemudian.. huhu

Sunday, February 13, 2011

Bahasa saya dan Bahasa awak..

Antara perkara yang menarik sungguh perhatian saya dan saya pasti anda pun tiada jawapannya iaitu dari mana sesuatu bahasa itu muncul ??
seperti yang kita tahu, bahasa digunakan untuk berkomunikasi..bahasa digunakan untuk menyampaikan maklumat, bahasa digunakan sebagai perantara bicara.


Dan hebat bukan kita ada lebih kurang ratusan atau ribuan bahasa diseluruh dunia ini..

Tapi , sedarkah anda, dimana bermula-nya sesuatu bahasa itu ? siapakah yang mula-mula menyebut tangan adalah tangan, yadun adalah tangan, hand ialah tangan ?? 

siapakah yang mula mengistilahkan sesuatu benda ?

siapakah yang mula mencipta buku dan menamakan ia buku ? bagaimana manusia itu memahami apa yang sedang diperkatakan ?
bagaimana akal kita mampu memahami bahasa yang saya katakan.. bagaimana anda faham apa yang saya tulis ini ?? haha..


S U R A T   A R - R U U M

30:22. Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui..


Surah ar-rahman :


55:1. (Tuhan) Yang Maha Pemurah,
55:2. Yang telah mengajarkan Al Qur'an.
55:3. Dia menciptakan manusia,
55:4. Mengajarnya pandai berbicara.
55:5. Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan.
Maha Suci ALLAH yang menciptakan sesuatu dengan sempurna.. =)

Friday, February 11, 2011

hari perhitungan amal manusia ..

 
assalamualaikum, saya ingin kongsikan video ini, dengar baik-baik, hayati baik-baik.. 
permulaannya agak tidak faham, tapi kalau dengar sekali lagi, mesti faham..



=)

hidup di dunia ini…penuh cuba dan uji.
semua perbuatan…akan dapat balasan.
jalan terjal mendaki…suka duka dunia.
hidup sudah suratan…begitu takdir tuhan.
sungguh para salafussoleh…janganlah terpedaya…

selamat menonton dan mengambil pengajaran..

Thursday, February 3, 2011

Tangan aku yang telah patah.

Tiada apa yang menarik pun pada post kali ini.. keh..

cuma sebuah kenangan pahit dalam sebutir perjalanan =)

Pada hari sekian-sekian (tak ingat, mungkin sekitar bulan 11 tahun 2009), ketika perlawanan silat seabad 5 anjuran um.. perlawanan antara aku dgn peserta dari UPM.. adei.. dan.. akhirnya, bukan sahaja kalah point..haha tapi aku kalah dengan tangan yang patah pada bahagian radius dan ulna (bukan luna maya k) seperti gambar dibawah .. =)


ketika itu, hampir 1 bulan aku kehilangan nikmat tangan kiri.. nikmat membawa motor, bermain kompang, bercucuk tanam (kalau ada la)hehe.. nikmat basuh tinja..dan lain2.. hoho

oh nikmat yang ditarik sementara.. 

ketika dalam hospital, aku rasa seperti aku lah yang paling malang, main silat pun patah, kene duduk hospital dan makan ubat..adei.. tapi rupanya,depan katil aku masih teruk, budak UITM, tulang pehanya patah ketika sesi panas badan sebelum bermain futsal, dan dia "disyaki" mengidap cancer tulang, air susmsum tulang telah diambil untuk proses mencari punca, dengan dihujung kaki diletakkan pemberat untuk menghalang tulang peha dari jatuh dan melukai tisu, pelajar tahun akhir, tapi apakan daya.. Allah beri nikmat, Allah juga berhak tarik nikmat.. 

kemudian di sebelah katil dihadapan aku, seorang budak berumur 16 tahun (sekarang mungkin sudah 18 tahun), "memang" menghidap cancer tulang, dan ada lubang besar dilututnya, sangat sukar berjalan dan tidak mahu makan nasi, tinggal di sungai besar (kala tak silap), lebih sadis kerana setiap kali nak beri suntikan perlukan tandatangan dari penjaga (sebab dia bwh umur).. rumah jauh, kondisi yang sangat sukar, nurse pun sudah kenal dengan dia,sebab dia dah 6 bulan dalam PPUM, dan telah berhenti sekolah dekat-dekat beberapa bulan sebelum PMR.. maknanya dia dah kene penyakit cancer lebih dari setahun.. Allahu Akbar.. tiada kata lagi bagi aku, aku hanyalah cebisan dari ujian yang kecil..  terkesan dengan tulisan di siini..


  • ini adalah gambar selepas sahaja tangan kiri kepatahan, perhatikan ada radius dan ulna telah patah (patang lurus), patah yang sebegini tidak boleh disimen sahaja, sebab itu perlu letak besi, tapi kalau patah seperti tulang kene gigit tu, boleh lagi disambung dan disimen tanpa letak besi... gambar telah di adjust histogramnya supaya nampak lebih jelas :




kemudian setelah menjadi wolverine.. aumm, miau-miau....haha 
(ada 12 skru + dua besi diletakkan)


  • dan kemudian setelah dikemaskini dan dijahit..adei .. gambar ini diambil sebelum tangan ini dicuci oleh seorang nurse bertopeng (cantik kot..keh3).. sehari selepas pembedahan..



dan sekarang, tangan ini sudah berfungsi seperti biasa, cuma kadang-kadang terasa tidak selesa.. dan besi ini masih kekal, mungkin terasa ingin dicabut,dan mungkin tidak.. tapi lebih kepada kondisi hendak mencabutnya..huhu..

doakan ya.. moga dipermudahkan urusan hendak dicabut nanti (tak pasti lagi bila).. ^_^

 apa pengajarannya ??  anda fikir-fikirkan...

Friday, January 28, 2011

kehidupan kita-kah begini ?

1. ketika tadika :

kita mesti update tentang cerita kartun dengan kawan-kawan, atromen, batman, power rangers, masak-masak, main kawin-kawin..


2. ketika di sekolah rendah :

update psl kartun, target upsr, peksa no berapa, mak ayah update pasal result periksa..


3. ketika sekolah menengah :

update pasal awek2, angan-angan nak berawek.
ada yang nak belajar sungguh-sungguh nak target pmr,pmru,smu,spm, nak pergi oversea kata nya..

4. habis spm :

update kawan-kawan (reunion), cari kawan-kawan sekolah, update kawan-kawan siapa yang sambung belajar, siapa yang kerja, siapa yang amik stam or stpm..


5. masuk matrik :

update pasal result matrik, time ni masing-masing nak cari-cari awek juga.. ada yang fikir nak belajar sungguh-sungguh sebab nak masuk universiti..


6. masuk universiti :

update perbincangan dengan kawan pasal belajar, berkempen prk, pngk, cgpa, ptptn, jpa, yuran kolej, yuran library, yuran klinik..awek..


7. habis universiti :

update pasal pekerjaan masing-masing, dah kerja ke atau masih menganggur, gaji berapa, dah mula fikir-fikir nak beli kereta dan motor dan rumah. juga update dengan kawan tentang rakan-rakan yang hendak mendirikan rumah tangga dan rakan-rakan yang sedang menimang anak-anak..keh3


8. sudah bekerja :

update lagi tentang kewangan, bajet harian, makan minum bini dan sekolah anak-anak.. dah mula untuk melihat-lihat kerja kerajaan, kwsp, gaji pencen.


9. sudah diakhir usia (tua) :

update tentang ilmu agama, ketika itu, mata pun dah semakin tak nampak, otak juga semakin berkarat, baru mula nak pergi ke rumah-rumah ibadah.. em..

dah begitukah kita mahukan kitaran hidup kita ?? beginikah maklumat-maklumat yang akan kita lalui nanti ??
fikir-fikirkan.. 

Sunday, January 16, 2011

menulis perkara-perkara PRIVATE.. $_$

ok.. mahu teman kongsikan tentang benda ni. ramai dah tahu, tapi ramai juga yang tak tahu.. ok, pada microsoft word anda, ada satu tempat untuk protect data anda dari dibuka oleh orang lain.. dan ia boleh anda gunakan untuk kerja-kerja seperti menulis DAIRI, THESIS, PROJEK KHAS atau apa-apa file yang berguna dan private..

cara-caranya :

1. bukak atau tulis pada file microsoft word anda..
2. save file tersebut.
3. pergi ke prepare >>> encrypt document .
4. kemudian masukkan password anda >>> retype password, kemudian tekan OK.. settle... simple.. =)
5. anda boleh apply benda ini pada semua jenis microsoft (excel, power point, dan lain-lain)..

~click pada gambar untuk besarkan, dan selamat mencuba..





^_^

Wednesday, January 12, 2011

penting ke untuk backup bookmark kita ?? =)


contoh :

untuk apa kita perlu backup benda ni ???


~ kelebihan untuk backup kita punye bookmark, ini penting sebab, kalau apa-apa corruption berlaku pada mozilla kita, atau in case kita nak format laptop, maka segala bookmark kita akan hilang. Mesti rasa rugi sebab banyak link-link yang berguna telah hilang dan perlu dicari semula satu persatu..


maka, caranya adalah :


1. cara untuk simpan / backup bookmark :

****   pergi ke bookmark => organize bookmark => import and backup => export HTML => kemudian bagi nama kat file ini dan lokasi dimana mahu disimpan.. dan tekan SAVE.. ****  settle...

*semua adalah dijelaskan pada gambar dibawah, click pada gambar untuk besarkan..












2. cara untuk ambil /  import bookmark :

****   pergi ke bookmark => organize bookmark => import and backup => import HTML => from an HTML file => tekan next dan cari file yang sudah kita simpan tadi..kemudia open..**** settle..
~ dan sekarang bookmark anda akan jadi seperti pada gambar mula-mula tadi..

*semua adalah dijelaskan pada gambar dibawah, click pada gambar untuk besarkan..








p/s : selamat mencuba.. ^_^





Saturday, January 8, 2011

Jenis-jenis budak U.. erk...

sekadar pemerhatian ringkas sahaja : ^_^

1. jenis belajar : bangun tido pegang buku, tido dengan buku, pergi kelas, balik kelas, buat assingment, buat report, tak kisah apa yang berlaku kat luar.. jenis ni paling susah hendak dijumpai, ia ibarat species yang hampir pupus.. keh3

2. jenis suka download cerita :  semua cerita di download dia, dari cerita melayu, cina, india, orang putih, kartun, cerita kungfu dan macam-macam lagi cerita, yang kadang-kadang bila ditanya, dah abis tengok ke yang download tadi ? jwpn : belum lagi, tak sempat.. (tapi masih duk download cerita lain plak).. jenis ni memang tarik internet kuat., haha...

3. jenis berblog dan FB:  bangun pagi blog dan Fb, balik kelas blog dan Fb, dalam kuliah fikir nak tulis apa kat blog dan Fb, dan akhirnya, muka pun dah macam blog dah, tengok muka dia pun seperti bertulis-tulisan dalam blog.. =).. segala macam benda diceritakan di blog dan Fb.. kalau kat FB plak, asik like je komen orang..haha..

4. jenis couple melekat : yang ni keje ye duduk dengan couple dia je, g kuliah dengan couple, g masjid jamek dengan couple, g makan dengan couple, u belanja i, i belanja u..haha..dan study pun dengan couple. kalau putus dengan couple ni, cari couple yang lain.. kalau tak telefon atau mesej sehari, mesti rasa ada je yang kurang... species ni sejak akhir-akhir ni seperti satu pandemic yang tak terkawal..adei..

5. jenis main game 24jam sehari : yang ini kerjanya memang game je, laptop atau komputer yang terbuka tu, memang bunyi game je, sebut je permainan apa yang dia tak pernah main.. NFS, GTA, PES11, Truck lori, spiderman, dan ZOmbie kg pisang..tension katanya...hahaha

6. jenis update telefon.. yang jenis tukar telefon je, dapat duit beli Hp baru, blueberry, blackberry,yellowberry,cheryberrry...haha.. mcm2 berry dia ada.. Ptptn, Jpa habis buat beli hp baru.. tapi sekrang jenis macam ni dah slow sikit dah.. tak pasti kenapa.. =)

7. jenis fitnah-fitnah gedebuk-gedebak, jenis yang ni banyak bila dah dekat-dekat PRK (pilihan raya kampus).. pihak ni kata pihak tu salah, pihak tu kata pihak ni salah.. lepas itu, keluarlah macam-macam nota-nota kecil untuk penyebaran fitnah yang lebih cepat.. kemudian Fb pula akan dijadikan tempat bercakar-cakaran... habis semua pekung dan aib orang di buka-nya... ish3

8. jenis blur je.. haha.. yang ni jenis, xde dalam kategori jenis kat atas, mereka akan blur je, sampai satu tahap, tak heran dah dengan apa yang berlaku sekeliling mereka. yuran kolej naik, yuran library naik, barang naik, dan yang naik-naik, semua dia tak kisah.. yang penting, dia blur je..kui3..


dan banyak lagi jenis-jenis yang tidak diceritakan lagi..keh3..
maka : rasa-rasanya korang kategori yang mana ?? uhuk2...

p/s : sekadar pemerhatian sahaja, boleh diterima dan boleh ditolak, tiada masalah...

(byk jgk katergori aku kat atas tu..haha)

Monday, January 3, 2011

Kenapa aku "jatuh"

HEBAT


Semalam aku mampu berdiri,
tetapi hari ini aku jatuh kembali,
mengapa wahai lemahnya kamu?
akal kau waras, kata-kata kau hebat, badan kau sihat,
pendidikan kau tinggi, harta kau menggunung, walhal disisi kau pembantu..
masyhur nama kau dijulang..

alasanku mudah "aku seorang manusia".

bukan itu yang mesti dipersalahkan,
ya syabab..
kau jatuh kerana ego,
kau jatuh kerana merasakan kau orang bijak pandai,
kau jatuh kerana hawa nafsu,
kau jatuh kerana buta,
melihat dunia itu satu matlamat,
tanpa kepedulikan destinasi kau selepas dimamah bumi.
dan akhirnya kau jatuh kerana jauhnya kau dari rahmat Tuhan.

aku manusia sombong !!

kami berlindung wahai Tuhan yang maha Esa,
dari "bisikan" syaitan, manusia dan hawa nafsu yang tak pernah luntur..



~ jika

manusia kaya bangga  dengan kekayaannya..
manusia berilmu bangga dengan ilmunya..
manusia berkuasa bangga  dengan kuasanya..
manusia jahat bangga  dengan kejahatannya..
manusia bijak bangga dengan kebijaksanaanya..
dan
SYAITAN bangga dengan asal kejadiannya...

Saturday, January 1, 2011

Pola kehidupan orang pandai ??

Masih baru dlm fikiran, ketika kami (bertiga) pergi ke jabatan kebajikan malaysia cawangan melaka (JKM ), dan ketika itu, tiada yang kami dapat gambarkan, kecuali mahu mendapatkan kebenaran untuk membuat program kebajikan dan sedkit sumbangan kepada warga emas di "kampus" itu..

~Dengan keadaan cuaca sangat baik,sedikit cerah di pagi hari, juga dengan melalui pagi yang sukar bersama kesesatan dan kebejatan kereta seperti yang diwar-warkan oleh nuar kembar ^_^ .. akhirnya, sampai juga kami ke sana.. tiada yang kami perlu buat kecuali perlu berjumpa dengan pengurus bagi bahagian pengurusan "kampus" kebajikan itu..

Mudah cerita, orangnya rendah-rendah, hanya sedikit rambut beruban dan mungkin boleh dikira ubannya, bermuka serius, bermisai kot, dan saya namakan beliau sebagai encik X...hehe..
langkah di susun ringkas tapi penuh yakin. salam dimulakan, sedikit "ice breaking" dan pertanyaan di ajukan..

"kami sekian2 dari sekian2 kampus IPTA ingin membuat sedikit program bersama warga emas di "kampus" ini, tetapi sebelum itu,mungkin dibenarkan kami mengetahui sedikit sebanyak latar belakang dan maklumat yang perlu kami tahu untuk tujuan itu" dengan yakin nuar bertanya, disambut dengan angguk-kan faqeh dan saya.. >_<

"em... ok, seperti yang diketahui, "kampus" ini adalah sekian-sekian bangsa, dengan kekuatan anggota sebanyak sekian-sekian ". Dan sedikit maklumat yang agak padat diberikan, statistik pertambahan dan sebagainya kami secara ringkasnya dapat memahami cara program ini boleh diaturkan, pengurusan makanan dan lain-lain..

TETAPI bukan semua itu yang cuba sy panjangkan disisi anda..

sambungan...

" sebenarnya saya tak kisah sangat jika saya mempunyai anak yang pandai atau kurang pandai seperti mana ibu bapa lain yang risau jika markah anak-anak mereka hanya merah di buku keputusan akhir tahun..tetapi saya lebih kisah jika anak-anak saya nanti tidak menjadi seorang yang berakhlak " kata encik X.
termanggu2 kami menunggu encik X menyambung ayatnya..huhu..

"awak semua tahu kenapa?? , kerana anak yang pandai, dia akan belajar jauh dari ibu bapa, kecil lagi dah pergi ke sekolah berasrama penuh, kemudian masuk ke IPTA, mungkin luar negara,mungkin dalam negara, kemudian balik dengan kerja yang hebat, sibuk seusia zaman, metting sampai malam, kemudian berkahwin dan mempunyai anak, sudah pasti orang hebat, pasti duduk dirumah sendiri.. dan akhirnya hidup mereka telah dihabiskan dengan meninggalkan kedua ibu dan bapa mereka di kampung/rumah..~~ lihat kan pola kehidupan orang pandai ?? .."
menelan air liur..

" tapi, jika anak yang tidak pandai, belajarnya tak jauh, habis spm, kerja yang kecil-kecil, mereka dekat dengan ibu bapa, mereka lebih rapat untuk menjaga ibu dan bapa mereka. dan akhirnya, mereka tidak meninggalkan kedua ibu dan bapa mereka dirumah ... Mudahkan ?, bukan saya menolak menjadi orang yang pandai, tapi ibu bapa hari ini mesti lebih menerapkan akhlak yang baik kepada anak mereka dahulu, supaya nanti rumah kebajikan ini tidak lagi dipenuhi dengan warga Emas.. "

kerana kebanyakan mereka warga Emas yang berada disini, mempunyai anak-anak yang hebat-hebat, besar-besar, dan ramai anaknya yang kesemuanya tidak sanggup untuk menjaga ibu bapa mereka lagi....

aircond ketika itu mencucuk-cucuk telinga kami, tersentap seketika bila mengenangkan Pola kehidupan orang pandai ini.. 



OH... Moga Allah tetapkan hati kami dijalan yang lurus yang diredhaiMU.. aminn

Friday, December 31, 2010

Kursus COMPITIA A+

Alhamdulillah =)


Habis sudah kursus compitia A+ yang tak dapat A+ yang di urus setia oleh um prestariang.. dan keputusannya adalah saya GAGAL dan sy LULUS pada dua exam yang disediakan.. haha..

ok, untuk exam yang pertama saya dapat 648, dan untuk lulus adalah 675. Tapi untuk exam kedua,saya dapat 784, dan saya dapat 700..  maka result penuhnya adalah saya gagal...aloha..

tapi, perkara itu tetap merupakan satu pengalaman berguna bagi saya.. mendefinisikan gagal pada paper exam tidak mengambarkan kegagalan masa hadapan.. =)

 Untuk pengetahuan, kursus ini adalah berkenaan dengan pengurusan, pembaikian, dan softskill dalam bidang Komputer..

antara yang dipelajari :

  • hardware
  • sofware
  • configuration computer
  • solving problem
  • dealing with customer
  • multiboot
  • virtual machine (pc console and sun-virtualbox)
  • sharing file, network, and remote control.

Maka, nanti saya akan kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat.. untuk para penguna tentang apa yang perlu tahu supaya Komputer atau laptop mereka berada dalam keadaan Selamat dan Stabil dan Gempak.. (padahal tak reti pun)..keh3..



~~3/1/2011 akan ada re-seat paper untuk paper yang failed itu.. ^_^"

Engkau satu cinta yang selamanya aku cari ~~

saya kunci lirik ini =)




Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku…
Keimanankuuuu…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku…
Keimanankuuu…

[ Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepadaMu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya padaMu
Ku pasrahkan… ] ulang2X

Oh Tuhan ....selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan….jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia.

Thursday, December 30, 2010

saya mahu berkahwin, tapi saya sudah bersedia ??

PERKAHWINAN ADALAH SALING MELENGKAPI..


Indahnya dapat isteri yang cantik, baik, berilmu lagi solehah.. indah bukan ?

nanti bila balik kerja, ada orang sambut, ada orang masakkan makanan, ada anak tuk dimanja2 kan, ada orang untuk berkongsi rahsia, ada jiwa untuk berkongsi kegembiraan dan kesedihan.. BAHAGIA..
lengkap dan melengkapi.
Melengkapi yang bagaimana ? ~ iaitu seperti tangan yang mengenggam, jari berada dicelah-celah mengikat antara satu sama lain..

YA, senang bunyinya bukan ? ~ seindah alunan lagu, beralaun-alun merombak irama.. tapi, ramai juga yang kecundang dalam perkahwinan..

YA, sudah tiada jodoh... mudah lagi ringkas jawapan dikeluarkan..

Mungkin perlu kita koreksi diri kita, di-mana kita dan bagaimana kita ketika ini.. rasa hampir dengan Allah, atau rasa semakin jauh dengan Allah ..


Saya teringat pada sebuah artikel yang saya baca (tak ingat dari mana), bunyinya ; sebelum kamu cium dahi isteri kamu pada hari pernikahan kamu, kamu mesti cium dahi kedua ibu bapa kamu, minta maaf dengan mereka, minta halalkan makan minum, minta doa restu dari mereka..

jika berkehendak untuk memasak dan menyediakan hadiah sebagai kejutan kepada iseri kita, pastikan kita sudah pun masak-kan makanan untuk ibu ayah kita, berikan mereka kejutan hadiah ketika hari lahir mereka, basuhkan pakaian mereka, pakaikan pakaian mereka bagi mereka yang sangat uzur, shopping bersama mereka, bawa mereka ke tempat-tempat menarik...
Supaya nanti bila kita dah berkahwin, mereka kita telah bersedia untuk berbaik kepada isteri kita, kepada ibu bapa kita dan kepada ibu bapa mertua kita.. ( bukan lagi kedua ibu bapa, tapi sudah jadi DUA ibu dan bapa (^_^)


Ya ALLAH.. masih sempat untuk dilakukan semuanya ini dengan ikhlas..

kemudian, jangan lupa untuk mendoakan mereka, doakan kesihatan mereka, kebaikan mereka, dan moga disempurnakan iman mereka.. (juga jgn lupa doa pd diri sendiri).. =)


CUKUP SUDAH..


Bagi LeLaKi : anda ada  tanggungjawab pada keluarga anda, pada isteri anda, pada anak-anak anda.. dan setelah berkahwin tanggunjawab anda akan BERTAMBAH..

Bagi WaNiTa : anda juga ada tanggungjawab pada suami anda, anak-anak anda, dan keluarga anda.. dan setelah berkahwin, tanggungjawab anda pada ibu bapa, tidak akan pernah berubah.. jangan cukup berfikir, tanggungjawab itu sudah langsung jatuh pada adik atau abang lelaki anda..

P/S : untuk diri dan pembaca sekalian..

Monday, December 27, 2010

kadang-kadang itu kadang-kadang ini.. ??

Saya dan awak yang kadang-kadang..


Ish3, kayanya pakcik tu, cuba tengok kereta dia, BMW tu aman..

haah, ialah.. cuba kau tengok pakaian dia tu azwan, smart kan.. memang pakej la, dah la kaya, pakaian cantik-cantik.. tengok tu azwan, dia sedekah pengemis tu rm 50 ringgit.. dermawan !! tegas aman lagi..

kereta tadi berlalu pergi, meninggalkan mereka, hanya perkataan KAGUM sahaja yang jelas diwajah..

weh aman !!, kalau kita jadi kaya, mesti baguskan, boleh beli kereta yang selesa, boleh beri duit pada fakir miskin dan pengemis-pengemis, wah indah kan hidup ketika itu aman ? huhu ..

emmm.. jawab aman ringkas... nampak seperti tidak berbalas soalan azman itu..

hatinya lebih terfikir tentang kadang-kadang..

OH KADANG-KADANG

kadang-kadang kita rasa macam kita ini tidak bertuah je..
kadang-kadang kita rasa macam kita ini selalu gagal je..

kadang-kadang kita rasa jika kita kaya kita akan tolong orang ramai..
kadang-kadang kita rasa jika kita ada kuasa, kita akan bantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan..


tapi... kita tahu ke singkap disebalik hari esk??

maka apa tindakan kita ? bersyukur.. redha.. sabar...

ingat.. ramai yang mampu bertahan dengan bala bencana, tapi ramai yang tidak mampu bertahan dengan nikmat..


~ kejadian manusia, memang pelbagai, ada yang kaya,ada yang susah, ada yang bijak, ada yang kurang pandai.. perbezaan yang perlu di-ketahui lagi diraikan.. siapa tahu, jika kita sudah kaya, kita tidak lagi seperti yang kita bincangkan, mahu menderma sudah semakin susah, zakat sudah tidak mahu dibayar, lalu melekat pula penyakit sombong dan lain-lain (nauzubillah)..

Moga Allah tetapkan hidup kita berada dalam kebaikan selalu, jalan yang "lurus"..  dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..

FORMAT komputer atau laptop !!

cara-caranya (gambar ada disediakan dibawah) :

1. BACKUP data/ maklumat anda yang penting-penting ke mana2 pendrive, atau komputer kwn, untuk maklumat yg kalau hilang agak2 boleh menangis..hehe

2. Kemudian, simpan file-file yang berada di dekstop atau drive C.. kerana setelah di format,semua file-file itu akan hilang..


3. Sediakan CD windows (xp,7,vista) + CD driver (ikut model PC atau Laptop anda) + air milo (sejuk)..hehe

4. Sila pastikan size drive C (system) anda supaya nanti bila hendak format, anda tidak ter"format" ke drive D atau drive yang ada data-data penting..

seterusnya ~~

5. masukkan CD windows ke dalam CD player..keh3.. dan restart komputer anda..

6. Tekan F8 ( i agree)

7. pilih partion yang hendak di jadikan system..kemudian tekan ENTER.


8. kemudian pilih Format the partion using the NTFS file system ..


9. kemudian, settle dan biar kan.. dan ikut arahan seterusnya.. next, pilih negara, betulkan masa, masukkan serial key..dan SIAP..


10. dah habis semuanya, kemudian masukkan CD driver (biasanya cd yg dapat bersama ketika beli laptop), dan install dalam PC anda..

SELAMAT MENCUBA.. 


^_^










p/s : harap membantu sedikit sebanyak deh..

Friday, December 24, 2010

MARI menjaga password anda !!

Ada beberapa cara untuk menjaga password anda daripada dirembat,dicuri dan seumpamanya, cara-caranya jeng3.. ^_*



1. Phishing ~ merupakan kaedah yang selalu digunakan oleh mereka yang agak mahir dalam bidang komputer.. cara-caranya, adalah dengan membuat satu laman web yang serupa dengan laman web asal.. sebagai contoh, saya buat satu laman web friendster, tetapi menukar Host bagi laman itu ke database saya sendiri.. dan apabila anda memasukkan username dan password anda ke laman friendster (yg tipu), maka saya akan mendapat maklumat password anda tanpa anda sedari..
ok, cara pencegahan...  jangan sebarangan menekan apa-apa link web yang anda dapat dari email anda yang anda tidak ketahui asalnya.. atau dalam kata pendeknya SPAM..keh3.. dan pastikan jika hendak masuk ke laman web yang asli, pastikan anda menaipnya di ruang atas di  " http://www. bla3.."


2. Mozilla password ~ merupakan cara manual untuk mendapatkan password anda.. biasanya, ia di ambil oleh mereka yang hampr dengan kita, contoh kawan, tempat baiki laptop, dan lain-lain yang berkecenderungan jahat.. (mintak jauh).. untuk pengetahuan anda mozilla menyediakan butang save password (seperti gambar dibawah)


Ingat !! pastikan anda tidak menekan SESUKA HATI pada button Remember.. kerana bila ditekan password anda boleh di-lihat dan di-ambil pada laman web anda..
TAPI, jika anda tekan-nya juga, pastikan laptop atau kompuer anda tidak di access orang-orang yang berkecenderungan jahat ok.. dan jika menghantarnya ke kedai-kedai membaiki laptop, pastikan anda remove semua password anda yang telah anda simpan setelah menekan button REMEMBER..
caranya :

pergi ke tools > options > security > saved passwords > dan remove all.. 


3. Tidak meletakkan password anda kokse2 ( tidak menentu) dan mudah..haha.. iaitu dengan meletakkan password anda sebagai tarikh lahir, nama awek, nama pakwe, nama kucing kesayangan, 123456, atau perkataan-perkataan kamus.. ok, cara untuk membuatkan password anda susah dan lebih secure..

pastikan dalam password anda mempunyai : nombor, abjad, huruf besar, huruf kecil dan symbol..

sebagai contoh : kh@iRu!@nuaR87  keh3..
atau boleh juga membuat password seperti..~~  SSMBBKMM .. " Saya Suka Makan Banyak-Banyak Ketika Malam Menjelma.. u get what i mean ??  =)


4 : keylogger ~ cara ini adalah saya tak leh bagitahu cara atasinya..kah3.. sbb tak abis research lagi..


SELAMAT BERINGAT..

jika ada yang mahu menambah, boleh menambah di komen bawah ok.. =)

gempak-kan laptop dan komputer anda.. (XP) !!

contoh :

ok, cara-caranya adalah seperti berikut.. =)


1. Tekan winkey + run   dan taip gpedit.msc , seperti gambar diatas..

2. Kemudian pergi ke windows settings  > scripts (startup/shutdown) seperti gambar. Pilih sama ada mahu buat mesej box pada startup atau ketika hendak shutdown computer.. anda berhak memilih ^_^..

Sudah pilih ? kemudian tekan kanan kat mouse dan tekan properties.. 

3. Tekan button ADD, dan kemudian tekan browse.. xperlu taip apa-apa pada scripts parameters. 

4. Kemudian tekan kanan pada mouse dan pilih NEW  > notepad..

5. Buka file notepad tadi, seperti cara diatas.. dan taip
~~ Msgbox(“ selamat dating ke blog awantinggi87.blogspot.com”) ~~
Boleh tukar kepada ayat anda sendiri dgn menukar ayat didalam tanda quote... 

6. Kemudian save dan rename file itu sebagai test.vbs..
Ikut suka anda nak nama kan ia sebagai apa2 nama.. Cuma pastikan dihujung namanya
diletakkan .vbs kemudian tekan ok atau yes.. 

7. Tekan pada file tadi dan Tekan apply dan ok.. dan siap sudah ba..haha..

8. bantuan gambar disediakan seperti dibawah..

Selamat mencuba.. sebarang masalah, boleh tnye deh..keh3  ^_^



untuk mereka yang menggunakan windows 7 dan vista.. benda ni xberapa nak jadi.. keh3..


Saturday, December 18, 2010

akhirnya saya juga termenung ..

"Abang,
kenapa begitu senang soalan math ini, tengok pun dah senang, nak buat?? lagi la kacang ..hehe "

amboi, bunyi nya berAGAH lagi SoMbong sungguh.. buat la dulu ek..

~~ angin sepoi2 berlalu, membisik dijendela dan menyisip dirambutku.. alunan
nasyid yg indah membuai seketika sambil menanti adik meyiapkan soalan yg "kacang" itu..


"aduh abg, bisa sekali.. kenapa susah pula ini, nampak seperti mudah.. indah kabar rupa-nya.."
sengih adik ibarat kerang busuk.. =)

haha.. "itu la, td terer sangat..

" mari abang ceritakan.. apa itu nilai bagi masalah yang kecil dlm erti kata, jgn dipandang sepi masalah yg kecil.. "


adik pernah dengar


bagaimana sebuah kapal yg hebat, megah lg tersergam indah, dan
dikatakan kapal yg tidak mampu tenggelam, dikawal oleh nakhoda yg hebat.. tapi tenggelam akhir-nya ? ..



"macam pernah dengar, tp kapal apa itu bang?? " tanya adik yang pasti tidak pernah dengar cerita ini..


itulah kapal titanic dik, jika ditelusi dalam cerita2 tentang-nya,kita pasti tahu.. betapa hebatnya kapal ini.. tp siapa sangka, kapal yg hebat pun boleh
tenggelam?? kerana apa??

kerana keangkuhan.. menilai masalah yg kecil itu sepi, dipijak tak sakit, ditekan tak lenyek.. bayangkan..

sebuah kapal hebat, nakhoda yg hebat, terlihat sebongkah ais, yg dr luar-nya kecil.. tp didasarnya, besar
ibarat sebuah gunung yg di ibaratkan seberat 3 juta TAN!! .. adik cuba bandingkan lori 1 TAN besar mana..


dan akhirnya.. perlanggaran mengakibatkan lemasnya sebuah kapal mewah di dasar laut..


begitu juga dosa.. jgn pndang cetek jika kita berbuat dosa.. tp pandanglah.. kepada siapa kita berbuat dosa itu.. seperti kata2 seorang ulama' : "Jangan engkau melihat akan kecilnya suatu kesalahan. Akan tetapi lihatlah kepada siapa engkau bermaksiat"


ok seterusnya adik.. mari kita sambung kembali

menjawab soalan math ini.. =)

malu se-ekor ular ^_^

Di celah semak, se-ekor ular besar menyusur melewati lalang-lalang tinggi, kemendungan hujan sedikit menghiraukan ular..
tip,tip,tip ... lebat hujan cuba membasahi bumi..

" aisey man..hujan dah turun la, how aku nak cari makan ni, perut dah lapar.. ini katak la ni memekak panggil hujan."  kata ular menyalahkan katak sambil berbahasa org puteh..hehe

tiba2, dicelah kebanjiran air itu, keluar se-ekor katak.
"cis kau ular, berani sungguh mengutuk aku ya.. mahu saja aku pijak-pijaks kepala kau..hehe"

ular bangkit menyelak semak, semak-samun memberi laluan kepada-nya, mencari siapa gerangan yang berani bersuara itu....



"cis kau katak,you know dgn sape kau talk2 ini ??  RAJA ALAM RIMBA beb..
pandang jgn sebarang pndang, tgk jgn sebarang tengok.. huh.. " berdengus ular menyatakan perasaan-nya..

"haha, rilek ular, sabar.. aku hanya bergurau senda " katak meredakan situasi..

hujan hampir saja membanjiri kawasan..

" yang aku marah bukan-nya apa, mulut kau ular, sgt lantang!! hehe
tak tahu bersyukur, bisa kau menyalahkan Allah yang menurunkan hujan?? kau tahu tak??..

" Tahu apa katak" sampuk ular masih dengan marahnya..

"sepatutnya, kau patut bersyukur, kerana Allah telah menurunkan hujan sebagai RAHMAT.. jika turun hujan pada zaman Nabi, maka Nabi Muhammad S.A.W akan berdoa :


“Allahumma shoyyiban naafi’aa "
(Ya Allah, turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat.)

dan masa hujan lebat begini lah, doa adalah mustajab, paham??. ini tidak, hanya tahu mengeluh je.. "
MARI KITA MENJADI MAKHLUK YANG TAHU BERSYUKUR..

tersentak ular, kembali berubah warna kulitnya ketika ditegur begitu oleh si katak.. tunduk malu..

tunduk-kan ini di ambil sebagai peluang oleh katak untuk melarikan diri, sambil tersenyum..
maaf ular.. bukan rezeki kau nak makan aku hari ni.. =)

ular tersenyum  sendirian.. tidak mengapa, aku dah kenyang  mendapat satu ilmu dari kau katak comel.. thanz.. huhu