Friday, April 22, 2011

kematian part1

Angin sayu-sayu telus menembusi lubang dinding rumah azam, mentari ketika itu, redup-redup, awan samar-samar seakan-akan malu hendak menurunkan hujan..

"azam, mari kemari nak.. nanti setelah mak sudah tiada, kau jagalah adik-adik kau, mak tak nak kau jaga mereka hanya pada ihsan perut mereka, tapi juga ihsan pada rohani mereka.
andai mak sudah tiada selepas ini, ingat pesan mak tadi azam.. " bergetar suara mak cuba menasihati aku.

keadaan mak ketika ini, sangat lemah. dahinya dipenuhi keringat, mengalir lembut dicelahan kerutan..

oh..aku hanya mampu membasahkan muka mak dan mengajarkan mak mengucap.
sesekali air mata mak menitis.. pedih dan haus kata mak..

"azam, mari dekat nak.. sebelum mak pergi, mak nak dengar satu ilmu tentang kematian dari kau azam, bolehkan ? sayu suara mak dibawa pergi angin..

mendapatkan ilmu walaupun saat kesakitan membuatkan aku sayu...

"boleh mak, ketaatan azam pada mak juga menandakan ketaatan azam pada Allah, tentang apa yg mak ingin tahu ? " balasku halus..

mutiara peluh jernih tumpah di balik dahi mak sudah ku sapu kan..

"ceritakan pada mak nak, apa itu kematian ? "
berderai menangis aku ketika di pinta mak begini.. kenapa mesti soalan ini yang mak tanya, soalan yang azam sendiri takut ingin menghadapinya.. bisik hatiku..

aku cuba juga menjawabnya, gusar kemudian jika ia merupakan kali terakhir aku berbicara dengan mak...

" Mak..... mereka yg bijak adalah mereka yg selalu mengingati mati dan beramal soleh dengan-nya.. mati itu penghapus segala kelazatan dunia, mati itu tidak boleh tidak pasti berlaku pada setiap makhluk ciptaan Allah, mati itu sesuatu yang menyakitkan.. tapi mak, mati itu suatu permulaan bagi sebuah kehidupan abadi, sebuah kehidupan yang kekal, sebuah kehidupan yang tiada penghujung.. "

peluh menitis tanpa henti, mata mak juga kembali bergelinangan...

kenapa masih bersedih mak ? 



BERSAMBUNG........

9 comments:

  1. knpe mesti azam ? xpaham.... name is just a name.. huhu

    ReplyDelete
  2. A.Samad Said in the making... =p

    ReplyDelete
  3. A.Samad Said in the making... =p

    ReplyDelete
  4. haha.. ada unsur keperlian yang melampau disitu..

    pernah bca bku a samad said, tajuk dia " hujan pagi".. muka depan je sudah xberapa nk dapat faham.. sungguh tinggi..

    ReplyDelete
  5. mana ada perli..
    hanya sedikit memulangkan 'nail fruit hard'.

    kulit buku tu pun sy tk pernah tgk. haha

    try baca novel IMAM. novel the best yg pernah sy baca dlm seumur hidup. setiap helai penuh ilmu.

    oit. bila part 2?
    seminggu satu ke?
    malas tul episodik2 ni.. *muke boring sbb kene tgg*

    ReplyDelete
  6. .. part 2.. tggu.....

    sebulan satu episod..haha...

    ReplyDelete