Saturday, April 30, 2011

Em.. angguk jelah..

Ada unsur redha kah disitu ? atau unsur berputus asa ?


Sedikit keluhan saya berkenaan dengan tempat/ gelangan bersukan di universiti sendiri.. selama saya berada di sini, boleh dibilang dengan jari mungkin berapa banyak kali saya dapat bermain atau menggunakan dewan tempat bermain yang di sediakan (gym 1 dan gym 2 ).. mungkin 5, mungkin 6, mungkin 7, mungkin 4 sahaja...
Dan setiap tahun iaitu 2 sem, saya (dan setiap pelajar ) kena bayar yuran SPORTS AND RECREATION FACILITIES Rm 20 ringgit malaysia sahaja untuk yuran ini... 

Awal-awal sem boleh la main atau tempah sikit-sikit, kemudian datang di suku sem, ada sukan sukmum, kemudian datang pula sukan masum, kemudian datang pula sukan staff.. kemudian habis la satu sem..  masuk sem baru... Teringat dulu, ada rakan yang tempahkan,

KAWAN : salam, saya nak tempah court badminton untuk main petang ni boleh bang ?

kaunter : tak boleh dik, ada sukan masum la sekarang.

KAWAN : habis, tak kan tiada hari yang di khas kan untuk diguna ?

kaunter : ada, hari selasa, tapi dik, hari selasa semua dah penuh orang tempah..

KAWAN : em...angguk jelah.. terdiam... dan berlalu pergi..


mungkin nanti akan salah kan kembali kita, kenapa tak tempah awal2 ? atau main awal2 sem ? kenapa tak main ketika latihan sukan semua dah habis ? dan last2 kita juga yang salah.. dan last2 pergi jelah tempah kat luar pj.. ya semua salah saya ...~~


terfikir saya , adakah saya patut REDHA sahaja ? dan itu lebih baik, atau saya perlu BERPUTUS ASA dan itu lebih baik ? atau saya perlu MEMBISU dan itu lebih baik ?


angguk jelah ...


p/s :
  • ada penyelesaian  ?
  • redha atau putus asa ?

2 comments:

  1. cm pernah dgr jer citer ni..hehe~
    men la pas hbis exam nnti..comfirm xde org..ha3~

    ReplyDelete
  2. haha... cnpem court tu dah ttp sbb xde student..kuang3.. alasan is alasan...

    ReplyDelete